HEADLINES

Dr Mahathir dibenar discaj dari IJN pagi tadi

Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu untuk rawatan jangkitan kuman dan bagi proses pemulihan

3:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan discaj dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 11.30 pagi tadi.

Ia disahkan menerusi kenyataan ringkas oleh pejabatnya.

Beliau dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu untuk rawatan jangkitan kuman dan bagi proses pemulihan.

Minggu lepas, Dr Mahathir dilaporkan masih menerima rawatan di IJN walaupun dibenarkan pulang sebentar atau ‘home leave’ oleh pakar, namun beliau tetap perlu bermalam di IJN.

Pada 13 Februari lalu, Dr Mahathir dilaporkan sedang berehat selepas mendapatkan rawatan di IJN kerana jangkitan kuman setelah ditahan di pada wad pada 26 Januari.

Turut disertakan gambar menunjukkan Dr Mahathir, yang bakal menyambut hari jadi ke 99 pada 10 Julai ini, sedang membaca surat khabar di IJN.

Ogos tahun lalu, Dr Mahathir turut dimasukkan ke IJN untuk rawatan berkaitan jangkitan kuman. – 18 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

Related