◉ HEADLINES

Sijil Halal: Kenyataan Teresa ‘tak bantu jernihkan keadaan’, tegas PM

Perdana Menteri menegaskan, tiada keperluan bagi Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh untuk berbuat demikian

1:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kenyataan naib pengerusi DAP, Teresa Kok berkaitan pensijilan halal tidak mewakili Pakatan Harapan (PH) malah ia tidak membantu menjernihkan keadaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan, tiada keperluan bagi Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh untuk berbuat demikian.

“Kita kena jaga sentimen orang Islam. Kena jaga sentimen orang bukan Islam.

“Cara dia (Teresa) ialah runding cara elok, bukan nak tunjuk kehebatan masing-masing,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lestari Pertama di Lebuhraya Malaysia di R&R Seremban (Arah Selatan) Lebuhraya Utara-Selatan di Seremban hari ini.

Baru-baru ini, Teresa berkata cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.

Menurut Teresa, langkah itu bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.

“Saya minta kerajaan mengkaji semula cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan untuk memiliki sijil halal.

“Kerajaan seharusnya menghormati hak autonomi perniagaan dan kebebasan pilihan pengguna, dan menumpukan usaha kepada pemulihan ekonomi serta peningkatan kesejahteraan rakyat, bukannya melaksanakan dasar pengawalan yang tidak perlu,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Kenyataan Teresa itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno dan badan bukan kerajaan (NGO).

Mengulas lanjut, Anwar berkata, negara ini dalam keadaan baik, politik yang stabil, mendapat penghargaan dunia dan ekonomi yang baik jadi ia tidak memerlukan perkara-perkara yang merosakkan. – 8 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related