◉ HEADLINES

KPM arah siasatan menyeluruh isu senjata mainan dalam satu program di sekolah

Minggu Solidariti Palestin di sekolah adalah digalakkan, namun pihaknya tidak berkompromi dengan unsur-unsur radikalisme, ekstremis, atau keganasan

6:16 PM MYT

 

NIBONG TEBAL – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan siasatan menyeluruh berhubung penampilan senjata mainan dalam satu program yang dipercayai berkaitan solidariti bersama Palestin di sebuah sekolah, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya berhubung isu berkenaan sebaik sahaja pihaknya menerima laporan.

Beliau berkata program Minggu Solidariti Palestin di sekolah adalah digalakkan kerana ia penting untuk pemahaman nilai-nilai positif dalam kalangan pelajar, namun pihaknya tidak berkompromi dengan unsur-unsur radikalisme, ekstremis, atau keganasan.

“Mesti ada laporan sebelum kita ambil apa-apa tindakan, dan ia (program) juga mesti mematuhi garis panduan yang ditetapkan, malah garis panduan (Minggu Solidariti Palestin) ini juga sangat jelas. Sebab itulah kita telah adakan satu libat urus bersama pihak-pihak yang berkaitan.

“Apa yang boleh, dan tak boleh dilakukan dan sebagainya….Jadi kita minta semua pihak khususnya institusi pendidikan, untuk berikan perhatian penuh terhadap garis panduan yang telah kita keluarkan,” kata Ahli Parlimen Nibong Tebal itu kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Taman Angkat Amanita Taman Pekaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, di sini yang turut dihadiri Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video satu program di sebuah sekolah yang dikatakan memaparkan unsur ekstremisme, dipercayai bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.

Bagaimanapun KPM mengesahkan program yang dipaparkan rakaman video itu dianjurkan di luar tempoh waktu pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan tidak mengikuti garis panduan yang ditetapkan. – 28 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

Polis teruskan pemantauan dan rondaan berkala di lokasi tanah jerlus

Tugas polis lebih kepada keselamatan orang ramai dan pemantauan serta rondaan secara berkala

◉ Related