HEADLINES

Pemberi maklumat Boeing ditemukan mati di Amerika Syarikat

Pada 2019, John Barnett memberitahu BBC bahawa pekerja di bawah tekanan sengaja memasang bahagian sub-standard pada pesawat di bahagian pengeluaran

9:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas pekerja Boeing yang terkenal kerana membangkitkan kebimbangan mengenai piawaian pengeluaran firma itu ditemukan mati di Amerika Syarikat (AS).

John Barnett bekerja untuk Boeing selama 32 tahun, sehingga persaraannya pada 2017.

Beberapa hari sebelum kematiannya, dia memberikan keterangan dalam tuntutan mahkamah pemberi maklumat terhadap syarikat itu.

Boeing turut menzahirkan kesedihan terhadap pemergian Barnett.

Koroner Charleston County mengesahkan kematiannya kepada BBC, semalam.

Menurutnya, lelaki berusia 62 tahun itu ditemukan mati pada 9 Mac lalu, dan polis sedang menyiasat punca kematiannya.

Barnett bekerja untuk gergasi pesawat AS itu selama 32 tahun, sehingga bersara pada 2017 atas alasan kesihatan.

Sejak 2010, beliau bekerja sebagai pengurus kualiti di kilang North Charleston yang membuat 787 Dreamliner, sebuah pesawat tercanggih yang digunakan terutamanya untuk laluan jarak jauh. – Agensi

Pada 2019, Barnett memberitahu BBC bahawa pekerja di bawah tekanan sengaja memasang bahagian sub-standard pada pesawat di bahagian pengeluaran.

Dia juga memaklumkan telah menemukan masalah serius dengan sistem oksigen, yang mana satu daripada empat topeng pernafasan tidak akan berfungsi ketika kecemasan.

Katanya, tidak lama selepas memulakan kerja di Carolina Selatan, dia bimbang bahawa dorongan untuk mendapatkan pesawat baharu bermakna proses pemasangan tergesa-gesa dan keselamatan terjejas, sesuatu yang dinafikan syarikat itu.

Dia kemudiannya memberitahu BBC bahawa pekerja gagal mengikuti prosedur yang bertujuan untuk mengesan komponen melalui kilang, membolehkan komponen yang rosak hilang.

Katanya, dalam beberapa kes, bahagian sub-standard telah dikeluarkan dari tong sampah dan dipasang pada pesawat yang sedang dibina untuk mengelakkan kelewatan di bahagian pengeluaran.

Barnett berkata, dia sudah memaklumkan pengurus mengenai kebimbangannya itu, tetapi tiada tindakan diambil.

Boeing menafikan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, semakan pada 2017 oleh pengawal selia Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS telah menyokong beberapa dakwaan Barnett. – Agensi

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Putra Ahmad Merrah teruja berlakon, jadi hero kecil dalam filem Rebel arahan Datuk Awie

Putra Ahmad Merrah atau mesra disapa Merrah berkata, pada awalnya tidak menjangka berpeluang membawakan watak hero, Luka yang diterajui Ben Amir sewaktu zaman remaja di dalam filem itu.

Rajagopal releases autobiography ‘Inilah Saya’ after nearly 10 years in the making

Former Harimau Malaya coach hopes his life story, from humble beginnings to historic football triumphs, will inspire Malaysians

Related