Syed Othman penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

Kesemua penerima masing-masing menerima hadiah wang tunai, pingat, sijil penghargaan dan jongkong emas

2:14 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Tokoh kewangan, Profesor Datuk Syed Othman Syed Husin Al-Habshi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 1445H/2023.

Syed Othman, 80, dari Peringgit, Melaka merupakan Dekan pertama Kuliyyah Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan pernah menjawat Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif di UNITAR.

Turut diumumkan enam penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW iaitu Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam dan Antarabangsa, Datuk Kamarudin Abdullah (Ikon Korporat Islam) dan pakar falak, Syed Kamarul Zaman Syed Kabeer (Ikon Sains dan Peradaban).

Enam penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW turut diumumkan iaitu Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam dan Antarabangsa, Datuk Kamarudin Abdullah (Ikon Korporat Islam) dan pakar falak, Syed Kamarul Zaman Syed Kabeer (Ikon Sains dan Peradaban). – Gambar Scoop/Alif Omar, 28 September, 2023

Penerima lain termasuk, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha (Ikon Aktivis Kemanusiaan); Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Dutch Lady Milk Industri, Datuk Dr Mohd Nordin Mohd Nor (Ikon Korporat Islam); Ketua Operasi Pertis, Zamzuri Ghani (Ikon Teknologi) dan bekas Pengarah Kolej Mara Kuala Nerang, Shaariah Dahmah.

Penganugerahan itu diumumkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff ketika Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan penganugerahan itu kepada semua penerima Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan.

Kesemua penerima masing-masing menerima hadiah wang tunai, pingat, sijil penghargaan dan jongkong emas.

Bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan kali ini berlangsung di PICC, Putrajaya.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan hadir pada sambutan hari ini, selain Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri serta dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan tahun ini melibatkan penyertaan seramai 3,700 peserta dari 131 kontinjen kementerian, badan berkanun dan agensi swasta.

Kontinjen perarakan berarak dari Jambatan Seri Gemilang Putrajaya ke PICC dengan jarak sejauh 1.1 kilometer (km) yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naim Mokhtar. – 28 September, 2023

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related