HEADLINES

SPRM akan cadang kerajaan laksana DPA, ‘saya tidak anggap pertuduhan tidak penting, tetapi…’

Azam berkata, cadangan itu sebahagian azam SPRM bagi membantu meningkatkan semula ekonomi Malaysia, dengan mengurangkan ketirisan dan mengembalikan kekayaan negara

9:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengkaji pelaksanaan Perjanjian Pendakwaan Tertunda (DPA) di mana proses pertuduhan terhadap mana-mana pihak berkaitan akan ditangguhkan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM akan mencadangkan kepada kerajaan supaya DPA dilaksanakan.

Menurutnya, pelaksanaan itu membolehkan pertuduhan ditangguhkan dan satu penyelesaian diambil atau dicapai supaya negara mendapat pulangan lebih besar.

“Segelintir masyarakat tidak memahami kelebihan pelaksanaan kaedah berkenaan dan perlu diberi kesedaran mengenai pendekatan baharu itu.

“Mereka beranggapan pertuduhan itu penting. Saya tidak menganggap ia (pertuduhan) tidak penting, tetapi kalau boleh jimatkan kos untuk perbicaraan tanpa ia berjalan begitu lama, itu juga lebih baik.

“Pendekatan terbabit juga diguna pakai di negara maju, seperti di Amerika Syarikat (AS) yang menjadi rujukan SPRM,” katanya dalam wawancara khas sempena Ulang Tahun SPRM ke-56 di Ibu Pejabat SPRM di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, cadangan itu adalah sebahagian daripada azam SPRM bagi memberi tumpuan kepada usaha membantu meningkatkan semula ekonomi Malaysia, dengan mengurangkan ketirisan dan mengembalikan kekayaan negara.

Ujarnya, ia kerana sesuai dengan peredaran semasa, suruhanjaya itu melaksanakan kaedah terkini dan profesional, bukan sahaja bagi membanteras jenayah rasuah, malah untuk mengatasi ketirisan demi mendapatkan kembali aset serta dana kerajaan.

Bagi tujuan itu, katanya, SPRM sudah membentuk satu kaedah penyiasatan kes berprofil tinggi membabitkan individu berjawatan atau berkedudukan tinggi dengan menggunakan kaedah Siasatan Berasaskan Risikan (IBI).

“Kaedah ini digunakan untuk kes dengan analisis mendalam yang dilakukan terhadap subjek sebelum siasatan menyeluruh dijalankan.

“Bermula dengan identifikasi pelaku rasuah berprofil tinggi dan seterusnya pemulihan aset, sebelum aset dapat dikembalikan kepada kerajaan.

“Kaedah IBI ini dapat membongkarkan kesalahan rasuah besar,” katanya.

Beliau berkata, SPRM juga menjalankan siasatan menerusi kaedah Model Pengurusan Penyiasatan Berpasukan (MTI) bagi memastikan kertas siasatan dapat dilengkapkan dengan cekap dan berkualiti.

Jelasnya, pendekatan itu dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan dan kesegeraan sesebuah kes, terutamanya membabitkan jenayah bersindiket.

Azam berkata, apabila berlakunya rasuah dan salah guna kuasa, ia membabitkan ketirisan yang sangat besar.

“Hal ini tidak bermakna kes (kecil) lain tidak diutamakan. Tetapi seperti saya katakan, menjadi tanggungjawab SPRM membantu negara menjana pendapatan bagi ‘merancakkan’ balik ekonomi,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, siasatan, pertuduhan dan beberapa proses perundangan lain masih diteruskan seiring dengan usaha pemulangan (repartriasi) sumber dana awam seperti sedang giat dijalankan.

Malah, katanya, antara kejayaan dicapai menerusi pendekatan terbabit adalah pemulangan aset dan wang berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – 1 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related