HEADLINES

37 peratus daripada individu ditahan SPRM dalam tempoh 8 bulan tahun ini adalah penjawat awam

Bagi pelucuthakan dan pemulihan aset oleh SPRM, jumlah keseluruhannya hampir RM140 juta, dengan penyumbang tertinggi nilai lucut hak adalah menerusi Ops 1MDB, iaitu berjumlah RM64,386,825.68

11:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 869 individu, dengan 324 orang atau 37 peratus daripadanya penjawat awam yang disyaki terbabit dengan kegiatan rasuah ditahan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, daripada jumlah itu, 326 individu dituduh di mahkamah atas kesalahan memberi dan menerima rasuah, tuntutan palsu serta salah guna kuasa.

“Mengenai pencapaian SPRM sepanjang tahun lalu (pula), sebanyak 820 kertas siasatan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa dibuka dengan 766 atau 93.41 peratus kes berjaya diselesaikan dalam tahun semasa.

“Sepanjang tempoh itu juga, seramai 909 individu ditahan, termasuk 323 penjawat awam, selebihnya dari sektor swasta, politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang awam dan lain-lain,” katanya dalam wawancara khas sempena Ulang Tahun SPRM ke-56 di Ibu Pejabat SPRM di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, bagi pelucuthakan dan pemulihan aset oleh SPRM, jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM149,695,341.49.

Katanya, bagi keseluruhan kompaun di bawah Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, jumlah direkodkan pada tahun lalu adalah RM44,454,800.

Azam berkata, penyumbang tertinggi nilai lucut hak adalah menerusi Ops 1MDB berjumlah RM64,386,825.68.

“Ops 1MDM ini hasil kerjasama strategik pasukan penjejakan aset 1MDB dianggotai SPRM serta agensi penguat kuasa lain bersama Jabatan Kehakiman (DOJ) AS dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI),” katanya.

Pada masa sama, Azam berkata, SPRM sudah membuktikan kemampuan dan kebolehan mengendalikan kes berprofil tinggi dan kompleks yang diiktiraf.

Ujarnya, kemampuan dan kebolehan itu bukan sahaja terbukti dalam pengendalian kes di negara ini, malah di peringkat antarabangsa, daripada peringkat siasatan hingga pendakwaan.

Sementara itu, sempena ulang tahun SPRM ke-56, Azam berkata, suruhanjaya berkenaan optimis mahu mencapai negara bebas rasuah dari aspek penguatkuasaan atau operasi.

“Suruhanjaya ini juga ingin menguatkan jentera pencegahan untuk menutup ruang dan peluang pelakuan rasuah sehingga ke akar umbi,” katanya yang memaklumkan antara aktiviti dirancang sempena sambutan itu, termasuk Pertandingan Mereka Bentuk Setem dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad dan Pertandingan Lagu Patriotik, dengan penyertaannya terbuka kepada pegawai serta kakitangan SPRM di seluruh negara. – 1 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Related