◉ HEADLINES

Kerajaan laksana Pengukuran Pembelajaran Tahun 4 mulai 2026

Matriks Pembelajaran Malaysia diperkenal, Tingkatan 3 menyusul pada 2027 melibatkan lima mata pelajaran teras

3:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat mulai tahun ini bagi empat mata pelajaran teras: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah sama akan diperluaskan kepada Tingkatan Tiga pada 2027, melibatkan lima mata pelajaran utama termasuk Sejarah.

“Kedua-dua pengukuran ini akan ditadbir secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan. Nama lain bagi pengukuran ini adalah Matriks Pembelajaran Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di sini, hari ini.

Hadir sama, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Inisiatif baharu ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh sistem pendidikan, memastikan tahap pencapaian murid diukur secara lebih menyeluruh dan konsisten di seluruh negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata, beliau memahami kegelisahan ramai pihak berhubung perkara terbabit, namun mengetahui bahawa Kementerian Pendidikan adalah kementerian yang cekap dan memikirkan mengenai masa depan.

“Maknanya kita buat penilaian dan kita tahu dua tahun, Darjah Lima, Darjah Enam itu kita akan perbaiki dan letakkan anak-anak supaya berikan ruang mereka perbaiki dalam dua tahun sebelum masuk ke Tingkatan Satu.

“Itu kalau tanya mengapa diberikan notis yang begitu singkat? Itu salah Perdana Menteri,” katanya. – 20 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related