HEADLINES

Kerajaan lulus dana awal RM1.9 juta baiki SK To’Kandu: PM

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah datang mendengar taklimat dan sekarang Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyiapkan laporan awal

6:13 PM MYT

 

PERMATANG PAUH – Kerajaan telah meluluskan dana awal sebanyak RM1.9 juta untuk membaiki kerosakan yang dialami Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To’ Kandu di sini akibat kebakaran pada 22 Sept lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah datang mendengar taklimat dan sekarang Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyiapkan laporan awal.

“Saya telah arahkan semua laporan disiapkan segera supaya projek ini akan dapat dilaksanakan.

“Dana-dana kecil seperti pembersihan, penghadang keselamatan dan sebagainya telah diluluskan. Jumlah dana awal dianggarkan RM1.9 juta telah diluluskan,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat sekolah itu di sini hari ini.

Anwar berkata kerajaan sekarang memang cekap dan cepat dalam menangani masalah yang menimpa rakyat.

“Kalau boleh laporan awal siap minggu depan, minggu depan kita buat tender terhad… kerajaan sekarang cekap dan cepat,” katanya.

Beliau berkata projek ini akan dibuat secara ‘fast-track’ dan bukan tender biasa.

“Kita nak buat proses fast track bukan tender biasa tetapi tender terhad supaya projek ini dapat dipercepatkan dan tidak menganggu pelajaran anak-anak di sini,” kata beliau.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang, 22 September lepas, lima bilik darjah di bangunan empat tingkat sekolah itu terbakar dan ketika kejadian tiada murid di sekolah kerana lepas waktu persekolahan manakala guru pula berada di bilik guru.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kebakaran itu. – 1 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related