HEADLINES

Harga roti naik, Gardenia sedia beri keterangan kepada KPDN

Syarikat itu memaklumkan pihaknya akan membekalkan semua maklumat seperti yang diarahkan oleh KPDN

8:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) bersedia untuk memberikan penjelasan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), berhubung kenaikan harga 30 jenis roti miliknya yang bermula semalam.

Gardenia menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya akan membekalkan semua maklumat seperti yang diarahkan oleh KPDN.

“Gardenia menghargai peranan yang dimainkan oleh KPDN dalam memantau harga produknya. Kami akan memberi kerjasama sepenuhnya dan menyediakan semua maklumat yang diminta oleh KPDN berkenaan kenaikan harga produk kami,” katanya.

Pada 26 September lalu, Gardenia yang juga pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia mengesahkan kenaikan harga produknya bermula 1 Oktober lalu.

Syarikat itu menerusi satu kenyataan kepada Scoop memaklumkan kenaikan harga itu hanya membabitkan 30 daripada 58 produknya meliputi rangkaian ban, roti krim, muffin, sapuan (spread) dan mi kuning.
Antara produk roti yang terlibat termasuk Gardenia Fluffy Buns (6pc) Malty Chocolate, Gardenia Puazzi Sambal Bilis, Gardenia QuickBites Vanilla Cream Roll, Gardenia Twiggies Choc-a-Lot dan Gardenia Toast’em Waffles Chocolate.

Berikutan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh memaklumkan pihaknya telah menghantar surat tunjuk sebab pada 27 September lalu kepada Gardenia mengenai tindakan menaikkan harga sebahagian produknya.

Tegasnya, syarikat tersebut diberi tempoh enam hari untuk menjelaskan justifikasi tindakan tersebut demi memastikan tindakan itu tidak melanggari sebarang akta kawalan harga dan anti pencatutan.

“Pihak Gardenia perlu menjawab notis itu dalam tempoh enam hari sebab kita hendak tahu semua kos terlibat, sebagai contoh harga tepung digunakan, kos pengangkutan, borong dan runcit. Keseluruhan rantaian bekalan ini perlu dijelaskan,” katanya. – 2 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

My candidacy not because of ‘close ties’ with Syed Saddiq: Abe Lim

Muda’s Bandar Utama candidate Abe Lim has brushed aside speculation that she was fielded as a candidate due to rumours of her “close ties” with party president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Online scams in Malaysia cost victims over RM3.18bil in less than three years

Rising threat of online scams in Malaysia: understanding, prevention and legal responses

Related