◉ HEADLINES

‘Ini satu pengkhianatan’, Pemuda Umno bongkar kartel beras tipu rakyat

Disebabkan beras hancur boleh dijual dengan harga bukan kawalan, maka kartel-kartel beras ini telah menjual beras standard pada harga beras hancur

9:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno, Dr Muhammad Akmal Salleh mendedahkan tindakan kartel beras yang telah menipu rakyat dengan menukar beras Super Spesial Tempatan (SST) kepada beras hancur dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi.

Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengkhianatan, beliau yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, berkata disebabkan beras hancur boleh dijual dengan harga bukan kawalan, maka kartel-kartel beras ini telah menjual beras standard pada harga beras hancur

“Jika harga beras tempatan ditetapkan pada RM2.6 bagi setiap satu kilogram (kg), tetapi kartel ini telah menjualnya pada harga RM3.4 bagi setiap kg dengan menukarkan bil (resit) jualan mengikut harga beras hancur.

“Inilah antara pengkhianat yang menekan rakyat di bawah ini,’’ katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Pagi tadi, Dr Akmal memaklumkan beliau akan membuat pendedahan mengenai isu kartel beras kepada umum dan mendakwa terdapat pengilang yang menipu rakyat mengenai beras hancur serta beras SST.
“Kita lawan demi hak rakyat,’’ tegasnya.

Mengulas lanjut, Dr Akmal berkata, kerajaan telah memberikan pelbagai subsidi tetapi dikhianati oleh pihak berkenaan hingga akhirnya menyebabkan rakyat menderita.

Beliau turut memberikan beberapa solusi kepada isu berkenaan termasuk mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras selain menjalankan penguatkuasaan yag ketat.

“Jangan ingat kilang di luar Melaka kita tiada maklumat ye. Nasib baik kilang ini di luar Melaka,jika dalam Melaka memang siap kena sita ni,’’ katanya yang turut memaklumkan lebih banyak pendedahan akan dilakukan selepas ini. – 2 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related