HEADLINES

Tiara Jacquelina anggap anugerah ‘Women Entrepreneur Of the Year’ hadiah hari lahir paling sempurna

Anugerah itu diberikan kepada Tiara atas segala usaha dan sumbangannya dalam memperkasakan serta meningkatkan kualiti pementasan teater tempatan

1:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Produser, pelakon dan pengasas Enfiniti Productions Sdn Bhd, Puan Sri Tiara Jacquelina dinobatkan sebagai penerima ‘Women Entrepreneur Of the Year’ bagi kategori seni persembahan halus pada majlis Anugerah Brandlaurete, baru-baru ini.

Anugerah itu diberikan kepada Tiara atas segala usaha dan sumbangannya dalam memperkasakan serta meningkatkan kualiti pementasan teater tempatan sehingga terhasilnya Puteri Gunung Ledang The Musical, P Ramlee The Musical, Ola Bola The Musical serta MUD: The Story Of Kuala Lumpur.

Sayangnya, Tiara tidak dapat hadir untuk menerima anugerah penghargaan tersebut kerana berada di Niseko, Jepun.

Namun, artis yang penuh disiplin itu menerusi perkongsian video di Instagram miliknya menzahirkan ucapan terima kasih di atas penghargaan tersebut.

“Saya minta maaf tidak dapat hadir untuk menerima penghargaan ini. Seni persembahaan adalah sesuatu yang amat saya cintai. Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah menganggap ia sebagai suatu kerja.

“Berpeluang untuk menjadikan ia sebahagian suatu kehidupan dan bisnes saya adalah suatu penghormatan besar.

“Saya juga rasa syukur dan diberkati dapat bekerja dengan segelintir bakat Malaysia yang terlibat menjayakan projek saya. Jadi, saya ingin kongsikan penghargaan ini dengan anda semua. Terima kasih sekali lagi BrandLaurette” katanya.

Artis yang bergelar usahawan itu juga mengakui penghargaan tersebut menaikkan lagi semangatnya untuk terus berkarya.

“Saya tidak dapat berada di sana untuk menerima anugerah tersebut, jadi saya membuat video penerimaan ini.

“Sekali lagi, ini adalah satu penghormatan besar dan hadiah cukup sempurna untuk ulang tahun kelahiran saya,” katanya.

Selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke-55, Puan Sri Tiara! Semoga terus sukses dan bahagia dalam apa jua bidang diceburi. – 3 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Related