HEADLINES

Ahli kumpulan Rabbani, Nazrul meninggal dunia

Kesihatan Allahyarham tidak berapa baik kebelakangan ini dan mengalami demam serta cirit-birit

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli kumpulan nasyid Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin meninggal dunia di kediamannya di Saujana Utama, Sungai Buloh, dekat sini pada 4.45 petang tadi disebabkan komplikasi penyakit buah pinggang yang dihidapinya.

Pemergian Allahyarham disahkan rakan sekumpulannya, Mohd Asri Ubaidullah.

“Ya, Allahyarham Nazrul Azhar sudah kembali kepada Sang Pencipta petang tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham yang merupakan ahli termuda dalam kumpulan nasyid itu meninggal dunia pada umur 47 tahun. 

“Isteri dia sempat berbual pukul 3 petang tadi. Jadi, dia rehat dan tidur dahulu, tetapi kebetulan anak dia balik kerja pada 4 petang, nak kejut (solat) asar tetapi tiada balasan. Jadi, anaknya panggil ambulans, sebelum ke hospital pihak perubatan dah sahkan dia sudah tiada,” katanya.

Mohd Asri memaklumkan kesihatan Allahyarham tidak berapa baik kebelakangan ini dan mengalami demam serta cirit-birit. 

“Dialisis memang rutin dah lapan tahun. Kebetulan dia memang tidak sihat dua, tiga hari ini. Dia terbaring di rumah,” katanya.

Sementara itu, menurut status dimuat naik melalui akaun rasmi Facebook Rabbani menyatakan jenazah Allahyarham akan dikebumikan malam ini di Saujana Utama.

“Mandi jenazah akan diuruskan di masjid Saujana Utama … insya-Allah lepas maghrib van jenazah akan datang ambil jenazah dan bawa ke masjid Saujana,” katanya.

Allahyarham Nazrul Azhar meninggalkan seorang isteri dan enam anak. – 22 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Related