HEADLINES

Bajet 2024: Pembangunan tenaga kerja kesihatan harus diutamakan termasuk kenaikan pangkat dan elaun, kata MMA

Ia dapat direalisasikan dengan mewujudkan lebih banyak jawatan tetap, latihan dan peruntukan untuk kenaikan pangkat yang telah lama tertunggak

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berharap lebih banyak peruntukan disediakan oleh kerajaan menerusi Bajet 2024 melibatkan pembangunan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti kenaikan pangkat dan elaun.

Presidennya, Dr Azizan Abdul Aziz berkata perancangan dan pembangunan tenaga kerja petugas kesihatan harus diberi keutamaan dalam pembentangan Bajet 2024 pada 13 Oktober ini dengan mewujudkan lebih banyak jawatan tetap, latihan dan peruntukan untuk kenaikan pangkat yang telah lama tertunggak.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Azizan Abdul Aziz. – Gambar Facebook, 7 Oktober, 2023

“Peruntukan ini juga harus merangkumi jawatan yang diwujudkan untuk doktor, jururawat, kakitangan petugas kesihatan bersekutu, pembantu perubatan dan kakitangan sokongan lain dalam sektor kesihatan awam.

“Kami berharap agar apabila kerajaan menaikkan gaji penjawat awam dalam Bajet 2024, maka gaji pekerja kesihatan awam juga akan dinaikkan dengan ketara.

“Kenaikan pangkat dan kenaikan elaun adalah penting sebagai faktor pendorong dan menjadi sebahagian usaha untuk mengekalkan pekerja dalam perkhidmatan berkenaan,’’ katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2023, sektor kesihatan menerima peruntukan kedua terbesar iaitu sebanyak RM36.3 bilion berbanding RM32.4 bilion pada tahun lepas.

Pada 11 Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menaikkan gaji kira-kira 1.6 juta penjawat awam dalam amaun kecil buat sementara waktu melalui Belanjawan Madani 2024 sebelum kenaikan berkala bagi setiap 10 tahun diselesaikan selewat-lewatnya tahun depan.

Dalam pada itu, Dr Azizan berkata, MMA juga berharap agar kerajaan turut menitikberatkan peruntukan untuk perkhidmatan kesihatan luar bandar.

Peruntukan ini juga harus merangkumi jawatan yang diwujudkan untuk doktor, jururawat, kakitangan petugas kesihatan bersekutu, pembantu perubatan dan kakitangan sokongan lain dalam sektor kesihatan awam.- Gambar Facebook Hartal Doktor Kontrak, 7 Oktober, 2023

“Peruntukan untuk menambah baik infrastruktur dan perkhidmatan penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar juga perlu ditambah.

“Perkhidmatan tele-kesihatan (perkhidmatan kesihatan menerusi atas talian) di kawasan ini juga harus diperluaskan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Pada masa sama, MMA juga berharap kerajaan akan mendedahkan jumlah cukai yang dikutip daripada penjualan produk vape pada pembentangan Bajet 2024.

“Perdana Menteri telah menyatakan separuh daripada cukai produk nikotin vape akan disalurkan kepada KKM. Jadi kami berharap PM akan mendedahkan berapa banyak daripada cukai ini akan disalurkan ke dalam Belanjawan Kesihatan 2024,” katanya. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Minister’s aide lodges police report over alleged defamatory post on Bukit Mertajam Hospital

The Facebook post tarnishes Steven Sim's image and incites racial tension, says the report

Related