◉ HEADLINES

Cadangan tambah Kolej Vokasional tawar kursus EV, isu ‘along’ antara tumpuan Dewan Rakyat

Rang Undang-Undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2023 turut dijadual dibentang bagi bacaan kali kedua, hari ini

8:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rancangan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menambah bilangan kolej vokasional yang bakal menawarkan kursus kemahiran dalam industri kenderaan elektrik (EV) antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu akan dibangkitkan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) yang ingin mengetahui rancangan KPM untuk menambah kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang lebih relevan, seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Pada sesi sama, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) mahu mendapatkan penjelasan berhubung usaha kerajaan dalam mengatasi kes keganasan membabitkan ‘along’ atau pemberi pinjaman wang tanpa lesen, memandangkan berlaku peningkatan kes berkaitan kerosakan harta benda awam.

Tan Kok Wai (PH-Cheras) pula dijangka meminta kerajaan menyatakan kekurangan dikenal pasti dalam sistem kesihatan negara, terutama semasa COVID-19 yang tidak konsisten dengan aspirasi ‘Kesihatan untuk Semua’.

Beliau juga dijangka ingin mendapatkan kenyataan kerajaan mengenai rancangan reformasi sistem penjagaan kesihatan menyeluruh yang akan dilakukan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Rang Undang-Undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2023 turut dijadual dibentang bagi bacaan kali kedua, hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Oktober hingga 30 November ini. – 11 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

LRT 3 fault free run: Meeting between Prasarana and main con scheduled next week

Transport Minister Anthony Loke says FFR still pending as priority is safety

Negeri Sembilan crisis highlights flaws in Malaysia’s electoral system: Projek Sama

Watchdog calls for electoral reform, warning that similar political crises may recur unless systemic changes are addressed

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

◉ Related