◉ HEADLINES

Kau ingat aku takut ke kau nak sepak muka aku lagi?: Shila Amzah hilang sabar adik sendiri ugut nak hancurkan kariernya

Hari ini kedua-dua adik beradik ini dilihat saling membuat kenyataan di media sosial tentang isu penjualan rumah banglo

9:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sengketa yang berlaku dalam keluarga penyanyi popular, Shila Amzah bersama adik beradiknya nampak semakin meruncing.

Terbaru, selepas adik lelakinya Syafiq, mendedahkan Shila ingin menjual rumah banglo kerana mahukan duit dan menghalau mereka, Shila pula tampil membuat pendedahan mengejutkan menerusi sesi live di Instagram.

Menurut Shila atau nama sebenarnya NurShahila Amir Amzah, 33, dia kesal dengan kenyataan adiknya yang cuba memburuk-burukkannya.

“Semasa kamu dilahirkan saya sangat gembira. Selepas dua tahun akhirnya saya punya adik lelaki. Hutang-hutang dia saya yang bayar. Dia nak kahwin saya yang bayar.

“Banyak kali dia ugut saya cakap nak cerita pada semua orang tentang perangai sebenar saya dan ranapkan karier seni saya,” katanya dalam sesi live tersebut.

Dalam satu hantaran yang lain, Shila mendedahkan bahawa dia pernah dilempang adiknya sendiri.

“Aku dah sampai limit ni. Aku ada semua bukti. Jangan ingat aku diam, aku ni yang bangang. Kau ingat aku takut ke kau nak sepak muka aku lagi? Mari la kalau kau betul anak jantan sulung macam kau claim. Mari datang, aku tunggu,” tulisnya.

Terdahulu, Syafiq mendedahkan bahawa kakaknya tidak membuat sebarang perbincangan awal sebelum membuat keputusan untuk menjual rumah.

Katanya, Shila berniat menjual rumah berkenaan kerana memiliki nilai tinggi di pasaran selain mendakwa kakaknya seorang yang ‘fake’. – 11 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related