HEADLINES

Lebih setahun berganding dengan Mek Zura, akhirnya Fizie Roslan ucap ‘selamat tinggal’

Pengunduran Fizie yang berkuatkuasa pada 22 November lalu itu, diumumkannya di instagram tanpa menyatakan alasan di sebalik keputusan berkenaan

3:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tanpa menyatakan sebab, penyampai radio, Fizie Roslan mengumumkan pengundurannya daripada Molek FM selepas setahun lebih bertugas di stesen radio tersebut.

Fizie Roslan atau nama sebenarnya, Mohamad Hafizie Roslan membuat pengumuman berkenaan menerusi Instagram miliknya.

“Dengan rasminya saya mengumumkan pengunduran diri saya dan menamatkan kontrak sebagai penyampai di Molek FM,” tulisnya.

Menerusi perkongsiannya, Fizie turut mengimbas detik awal tugasnya bersama Molek FM dan bagaimana dia bersama penyampai radio lain di stesen penyiaran berkenaan, berusaha menaikkan rating pendengar kerana saluran terbabit baru sahaja beroperasi ketika itu.

Fizie Roslan dan gandingannya Mek Zura di Molek FM. – Gambar Instagram Fizie Roslan, 25 November, 2023

“9 Januari 2022 adalah satu lagi tarikh penting dalam lembaran kerjaya saya kerana selepas hampir enam bulan berehat dalam dunia radio, sekali lagi saya diberi peluang meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio dan menjadi orang pertama bersuara untuk siaran Molek FM, bersama sahabat baik saya Mek Zura.

“Di Molek FM kami bagaikan satu keluarga. Kasih sayang, saling melengkapi antara satu sama lain, tidak bersaing sesama sendiri, itulah rahsia kekuatan kami.

“Bermula daripada angka kosong, kami berjaya menjadikan Molek FM mencapai 609,000 pendengar dalam masa kurang dua tahun, satu pencapaian cukup membanggakan untuk saya secara peribadi.

“Terlalu banyak kenangan manis bersama kalian kalau nak diceritakan memang panjang. Suka dan duka kita harungi bersama,” tulisnya.

Biarpun sudah mengundurkan diri daripada stesen radio tersebut, Fizie berharap pendengar tetap mengikuti siaran berkenaan dan terus kekal bersama Molek FM.

“Untuk pendengar setia Molek FM, mohon terus kekal menyokong stesen radio ini. Semoga kehadiran penyampai baru nanti dapat meneruskan legasi dan memuaskan halwa telinga anda,” katanya.

Fizie bermula sebagai penyampai radio Hot FM dan selepas kontraknya ditamatkan pada tahun 2021, dia diberi kepercayaan menjadi pengacara untuk slot Didik TV bersama NTV7.

Pada 9 Januari, Fizie kembali dengan tugasnya di konti radio apabila ditawarkan Molek FM untuk mengendalikan segmen, Molek Pagi bersama Mek Zura atau Siti Azuraina Sheik pada setiap Ahad hingga Khamis, bermula jam 6 hingga 10 pagi.

Molek FM dengan tagline ‘Gu Pantai Timur’ menjadi stesen radio kelima di bawah naungan Media Prima Audio (MPA) selain Hot FM, Buletin FM, Fly FM dan 8FM, dengan menyasarkan kepada pendengar di Pantai Timur. – 25 November, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related