◉ HEADLINES

Kembali dengan Padam dan Pergi, Imran Ajmain berpisah dengan genre muzik balada lembut mendayu

Padam dan Pergi yang dihasilkan Imran bersama bakat baru, Ahmadul Amin cuba menerapkan nuansa fast-tempo pop rock yang dipacu gitar elektrik

8:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada lagi genre muzik balada lembut mendayu-dayu yang sinonim dengan karya lagunya sebelum ini, apabila Imran Ajmain kini cuba mempersembahkan kelainan dalam single terbaharunya, Padam dan Pergi.

Dihasilkan bersama bakat baru Ahmadul Amin, karya dihasilkan Imran yang juga penyanyi dan komposer kelahiran Singapura itu, cuba menerapkan nuansa fast-tempo pop rock dengan dipacu gitar elektrik.

Manakala liriknya, cuba merungkai hubungan kompleks yang tidak kena haluan dan bersama lirik ringkas menyentuh, menggambarkan Imran sebagai seorang kekasih rentan sedang mencari babak baru dalam hidupnya.

Imran berkata, Padam dan Pergi adalah pemisahan daripada gaya biasanya seperti mana dipersembahkan dalam lagu Seribu Tahun, Selamat Ulang Tahun Sayang serta Intan dan Perak.

“Single ini mencerminkan perkembangan peribadi dan muzikal bagi saya, meneroka stail baru dalam bunyi serta penceritaan.

“Saya terdetik nak release lagu ini selepas setahun memanggung di acara indie di mana penontonnya, semua hafal dan nyanyikan apa jua lagu yang dipersembahkan atas pentas bersama-sama penyanyinya. Ini untuk mereka semua,” katanya.

Penerbitan single Padam dan Pergi diselaraskan secara strategik dengan pengajuran konsert mini Malam Seribu Tahun di Victoria Theatre, Singapura pada 12 Januari 2024.

Konsert terbabit juga diusahakan kelak untuk penggemar di Kuala Lumpur.

Pendengar diajak bersama dalam perjalanan mengenal pahit manis cinta, menghapuskan masa lalu dan merangkul janji masa depan lebih cerah.

Gitar elektrik mengambil peranan utama yang menambah dimensi segar kepada repertoire muzikal Imran.

Malam Seribu Tahun adalah pertunjukan pertama dalam siri persembahan artis dan band Malaysia, Singapura dan Indonesia yang digelar Satu Malam Di Singapura.

Ia dianjurkan Elmo dan Hashtag Media (Malaysia) dengan kerjasama Gumbira dan A’Art (Singapura). – 19 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related