HEADLINES

Tiada persefahaman punca Mawar Rashid, suami berpisah

Kenyataan Mawar sekali gus menjawab spekulasi mengenai hubungannya dan suami sedang dilanda badai

7:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Akhirnya teka-teki mengenai status rumah tangga Mawar Rashid dan suaminya Raf Yaakop terjawab apabila pelakon dan usahawan sensasi itu
mengumumkan mereka sudah berpisah.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, di InstaStorynya, dia memaklumkan sudah berpisah dengan Raf kerana mereka tiada persefahaman.

“Kami berdua bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Saya dan Raf baik-baik sahaja dan akan kekal begitu.

“Fokus utama kami sekarang adalah untuk memenuhi keperluan anak-anak. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi ibu bapa terbaik buat anak-anak kami walaupun tidak lagi bersama.

“Kepada rakan-rakan media, tolong terima bahawa ini adalah satu-satunya kenyataan dari kami berdua. Kami harap anda dapat menghormati perkara ini,” katanya.

Tambahnya lagi, mereka berdua amat sedih untuk memaklumkan berita perpisahan tersebut kepada semua.

“Bagaimanapun ini adalah keputusan terbaik buat kami berdua. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami dan memberi kata-kata semangat. Ia sangat bermakna buat kami,” katanya.

Mawar dan Raf berkahwin pada 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang berusia 10 bulan. – 23 November, 2023

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related