Sumbangan hampir cecah RM30,000, netizen bantu Intan kumpul wang lawan kes saman Izreen Azminda, Ude

Sumbangan itu berjaya dikumpulan dalam tempoh kurang 24 jam

3:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas isteri pemuzik bebas, Ude Wahid, iaitu Intan Liana Saleh terharu apabila ramai netizen sanggup membantunya untuk melawan semula kes saman Izreen Azminda ke atas dirinya di mahkamah.

Mereka membantu mengumpul sumbangan wang untuk membantu Intan membayar kos guaman kes saman terbabit menerusi kempen Support Intan Liana yang diwujudkan melalui pautan peduli.sumbangan.com/campaign/support-intan-liana

Scoop mendapati, dalam tempoh kurang 24 jam kempen itu dianjurkan, sumbangan terkumpul setakat ini untuk Intan sudah mencecah hampir RM30,000 daripada jumlah asal diperlukan, iaitu RM50,000.

Dalam hantaran di Instagramnya, Intan yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Bonda’ memberitahu, dia bukanlah jenis orang yang suka memperbesarkan sesuatu perkara.

“Bonda sebenarnya segan. Tapi, kali ini, bonda terpaksa buat dan Alhamdulillah, ada peguam sedia membantu bonda.

“Pihak peguam membalas surat tuntutan tersebut dan pada masa sama, membuat tuntutan balas terhadap mereka, iaitu tuntutan kenyataan fitnah dihamburkan terhadap bonda,” katanya.

Jelas Intan, pada asalnya, dia tidak berhajat meneruskan saman fitnah terhadap Izreen dan Ude.

“Namun, apabila disaman lagi dan lagi oleh pihak sana, Bonda terpaksa sekali lagi memohon bantuan peguam.

“Apabila disaman di mahkamah, Bonda sangat-sangat kecewa kerana mereka yang menyaman itu tahu setakat mana kemampuan bonda untuk melantik peguam.

“Tetapi, Alhamdulillah peguam bonda apabila terima surat saman ini, dia dengan bersemangat berkata ‘saya dah lama tunggu saman ni. Saya memang dah agak diaorang mesti saman! Takpa kita counter!,” jelasnya.

Intan berkata, perkara pertama bermain difikirannya adalah berapakah segala kos guaman yang perlu disediakan.

“Selama lima bulan saya bersama peguam, Mahmud Jumaat, bonda tahu bagaimana beliau menjalankan tugas dan difahamkan kos guaman bukanlah murah.

“Bonda tak mahu ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Memandangkan bonda sudah disaman, bonda berhajat untuk membuat saman balik ke atas mereka,” katanya.

Pada masa sama, Intan berkata, ramai pihak mencadangkan dan bertanyakan kepadanya bagaimana mereka boleh membuat sumbangan bagi membantu membiayai kes guamannya itu.

“Bonda mencadangkan agar sumbangan orang ramai disalurkan secara terus kepada peguam bonda.

“Bonda menghargai sumbangan orang ramai. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan bonda dan keluarga. Bonda doakan kebaikan semua dibalas Allah yang Maha Esa,” katanya.

Konflik rumahtangga Intan dengan bekas suaminya, Ude Wahid dan Izreen Azminda (gambar) yang juga bekas madunya, masih belum selesai biarpun sudah enam tahun mereka membawa haluan hidup sendiri. – Gambar Instagram Izreen Azminda, 16 Disember, 2023

Intan turut menyertakan pautan kempen sumbangan ke atasnya menerusi IG Story miliknya bermula semalam.

Rata-rata pengikut menyatakan sokongan terhadapnya dan mahu memberikan sumbangan terbabit untuk membantunya.

Konflik rumahtangga membabitkan Intan dengan bekas suaminya, Ude Wahid dan Izreen yang juga bekas madunya, masih belum selesai biarpun sudah enam tahun mereka membawa haluan hidup sendiri.

Ia tercetus sewaktu Ude mengahwini Izreen senyap-senyap pada 8 Ogos 2017 tanpa pengetahuan Intan yang ketika itu masih isterinya.

Ude mengahwini Intan pada 1 Mac 2013, sebelum bercerai pada 22 Mac 2018 dan sempat bermadu dengan Izreen.

Kemudian, Intan melangsungkan perkahwinan dengan penjawat awam, Mohd Aizam Yahya, 27, pada 2021. – 16 Disember, 2023


Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related