HEADLINES

Bukan nak kahwin, tetapi Siti Nordiana bakal adakan konsert solo Mei ini

Nana turut memohon maaf andai membuat ramai tersalah anggap bahawa dia akan berkahwin

5:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bukan ingin berkahwin, tetapi gambar Siti Nordiana yang tular baru-baru ini diambil bagi tujuan promosi konsert solo pertamanya yang akan berlangsung pada 11 Mei depan di Zepp Kuala Lumpur.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, dia tidak bermaksud untuk membuat mana-mana pihak salah faham.

Bagi yang ingin mendapatkan tiket bagi menonton konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun, boleh layari laman sesawang ticket2u.com. – Gambar Helmi Anuar, 30 Januari, 2024

“Saya dengan rendah diri memohon maaf jika ada pihak yang salah faham dan menyangka saya akan mendirikan rumah tangga selepas tersebarnya foto saya berbusana pengantin baru-baru ini.

“Sebenarnya konsep kahwin itu adalah tema untuk konsert saya yang diberi nama Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert tersebut.

Bercerita mengenai konsert solonya yang dibawakan khas oleh Icon Entertainment, Nana berkata, dia terharu dan gembira kerana akhirnya impian untuk mengadakan konsert solo menjadi kenyataan.

“Dah lama saya tunggu untuk ada konsert solo sendiri. Bila pihak Icon Entertainment menyatakan hasrat untuk menganjurkan konsert Nana, saya rasa macam berada di awang-awangan dan terima dengan hati terbuka.

“Sebelum ini bukan saya tak pernah rancang untuk menganjurkan konsert solo sendiri, tetapi belum ada rezeki. Saya pun sangat sibuk sebelum ini. Jadi saya rasa ini waktu yang tepat,” katanya.

Biarpun mendapat tempat kelapan di All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang lalu, tetapi rezeki Nana untuk mengadakan konsert datang lebih awal berbanding peserta lain.

“Alhamdulillah, ASGV itu ibarat latihan bagi saya selama 12 minggu. Apa yang saya dapat selama bertanding sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam persiapan menjelang konsert nanti,” ujarnya.

Bagi yang ingin mendapatkan tiket bagi menonton konsert ini, boleh layari laman sesawang ticket2u.com.

Harga tiket bermula RM188 (Paling Comel), RM228 (Memori Berkasih), RM308 (Mainan Cinta), RM4888 (VIP Box ). – 30 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related