HEADLINES

Kes saman fitnah RM2.5 juta berakhir, Siti Nordiana pilih bermaafan

Perbicaraan kes tidak dapat diteruskan selepas terdapat perbincangan antara Nana dengan lima rakannya itu

4:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah sebanyak RM2.5 juta yang difailkan penyanyi Siti Nordiana terhadap lima rakan diselesaikan secara baik selepas kesemua mereka sepakat untuk saling bermaafan.

Peguam mewakili Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin berkata, perbicaraan kes itu tidak dapat diteruskan selepas terdapat perbincangan antara anak guamnya bersama semua defendan iaitu Lan Solo, isterinya Sheila Razlan, Syura Badron, Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad.

Menurut Abang Azlan, persetujuan tersebut adalah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan iaitu kedua-dua belah pihak bersetuju ia dilaksanakan di hadapan Hakim John Lee Kien How @ Mohd Johan secara terbuka.

Lan Solo (depan), Syura Badron (belakang kiri) dan Sheila Razlan (isteri Lan Solo) selaku defendan berbincang secara baik dengan Siti Nordiana dan mencapai kata sepakat untuk tidak meneruskan proses mahkamah itu. – Gambar Instagram Lan Solo

Permohonan maaf tersebut dibuat berdasarkan persahabatan yang terjalin sebelum ini.

“Kami berharap agar persengketaan ini berakhir di sini dan biarlah ia menjadi sejarah pahit yang tidak akan berulang lagi,” katanya di hadapan hakim seperti dilaporkan mStar.

Hakim sempat menitipkan pesanan sebelum persidangan berakhir dengan meminta semua pihak lebih berhati-hati dalam setiap kenyataan atau ucapan yang dikeluarkan selepas ini.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana turut meminta maaf kepada kesemua defendan selain menyatakan bahawa dia juga sudah memaafkan semua tindakan mereka sebelum ini.

Lima sekawan itu juga memohon maaf kepada Siti Nordiana selain memaafkannya di hadapan hakim.

Terdahulu, Nana memfailkan saman fitnah terhadap kelima-lima individu tersebut selepas mereka membuat sesi ‘live’ secara terbuka di Instagram pada 2021.

Dalam sesi ‘live’ itu, kelima-lima individu berkenaan bercakap buruk mengenai Nana sehingga menjejaskan imejnya sebagai selebriti.

Kesan dari perbuatan tersebut, Nana mengakui kontraknya bersama beberapa jenama ditamatkan. – 5 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related