Laksa utara jadi pengikat kasih sayang Awie, 6 anak di Aidilfitri

Isteri Awie memberitahu, dia terpaksa belajar memasak dan menyediakan juadah itu demi suami dan anak-anaknya

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sambutan Aidilfitri kali ini memberi seribu makna buat vokalis Wings, Datuk Awie apabila buat julung kalinya berpeluang meraikan hari istimewa itu bersama enam anaknya.

Bukan itu sahaja, Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman, 55, juga memberitahu Scoop, dia turut berpeluang meraikan lebaran di kediamannya sendiri di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang.

“Saya tidak ke mana-mana pada raya kali ini. Kalau tidak, saya selalunya akan sibuk dengan show (persembahan) pada raya pertama dan kedua.

“Tahun ini, Alhamdulillah, baru saya dapat peluang beraya dengan keluarga dan anak-anak. Yang seronoknya, semua anak-anak dapat berkumpul bersama-sama,” katanya yang memiliki enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinan.

Memilih warna putih dan off white sebagai warna tema baju raya mereka sekeluarga, Awie berkata, dia tidak membuat sebarang perancangan untuk mengadakan rumah terbuka kali ini.

“Namun, saya memang mengalu-alukan sesiapa saja datang terutama pada 1 Syawal, Rabu lalu,” katanya yang menerima kunjungan daripada sahabat-handai, rakan artis dan saudara-mara.

Awie bersama isterinya Ladyana (dua dari kanan) dan empat orang anaknya, Putri Aleeya Antasha (kiri), Putri Aleefa Antasia (dua dari kiri), Putra Ahmad Merrah (kanan) dan Putera Andeeka (didukung Awie) – Ellyna Ali/Scoop, 13 April, 2024

Pada masa sama, Awie mengakui, selain ketupat dan lemang serta kuah kacang, masak lodeh dan rendang, tidak sah jika tiada laksa utara dihidangkan pada hari raya pertama.

“Ia memang hidangan wajib sebab saya satu keluarga memang ‘hantu’ laksa utara,” katanya.

Isteri Awie, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pula berkata, dia sebenarnya bukan pakar dalam memasak laksa utara, namun terpaksa belajar disebabkan makanan itu menjadi kegemaran suami dan anak-anak.

“Disebabkan suami saya dan anak-anaknya ‘hantu’ laksa, saya terpaksa belajar untuk memasak dan menyediakan juadah itu.

“Mula-mula dulu selalu gagal jugalah. Sekarang dah bolehlah buat. Tapi, bila nak masak dalam kuantiti banyak terutama untuk raya, memang risau dan gementar jugalah.

“Tapi, memang Awie dan anak-anak penggemar laksa utara. Mereka boleh makan berkali-kali,” katanya.

Untuk rekod, Awie pernah mendirikan rumah tangga dengan Arni Nazira dan Rozana Misbun.

Hasil perkahwinan dengan Arni, pasangan itu dikurniakan dua anak iaitu Putri Aleeya Antasha, 24 dan Putri Aleefa Antasha, 22.

Sementara itu, menerusi perkahwinan bersama Rozana pada 20 Jun 2005, Awie dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, 17, Putra Ahmad Rezzki, 16 dan Puteri Qasseh Antasha, 14.

Selepas perceraian dengan Rozana pada 1 November 2014, Awie kemudian mendirikan rumah tangga dengan Sharifah Ladyana pada 2016 dan mempunyai seorang anak lelaki, Putra Ahmad Andeeka, 4.

Ladyana kini sedang hamil enam bulan yang juga anak ketujuh Awie.

Awie dilaporkan tidak berpeluang berjumpa dua anaknya Rezzki dan Antasha selama lapan tahun bermula 2016.

Mereka bertemu semula pada raya Aidiladha tahun lepas dan berkumpul sekali lagi pada Aidilfitri kali ini. – 13 April, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

LA County Coroner’s Office defers Friends star Matthew Perry’s cause of death

Authorities said they are awaiting toxicology results and further investigation with law enforcement, which could take weeks to complete, reported TMZ.

Related