HEADLINES

Peminat di Indonesia mahu jadikan Belum Mulai sohor di media sosial

Sejak dilancarkan pada 28 Jun, lagu dendangan Insomniacks dan Nabila Taqiyyah itu telah berjaya mencapai 382,000 jumlah tontonan di saluran YouTube

9:30 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Lagu ‘Belum Mulai’ hasil kolaborasi antara pemuzik tempatan Insomniacks dengan penyanyi Indonesia, Nabila Taqiyyah sudah berjaya mencapai 382,000 jumlah tontonan menerusi YouTube, selepas tujuh hari dilancarkan.

Menariknya, kebanyakan adalah peminat dari Indonesia yang teruja dengan nyanyian Nabila.

Lagu itu dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman muzik digital dan YouTube pada 28 Jun lalu.


Meskipun sebelum ini peminat dari Indonesia sedikit kecewa kerana bahagian lagu nyanyian Nabila tidak begitu banyak, namun mereka memberikan maklum balas yang positif sambil mengakui amat menyukai kolaborasi antara kedua-dua artis ini.

Malah peminat di Indonesia turut mengucapkan terima kasih kepada Insomniacks kerana mengundang artis kesayangan mereka untuk berkolaborasi menerusi lagu tersebut.

Mereka juga beramai-ramai berazam untuk memastikan lagu Belum Mulai ini sohor di semua platform media sosial.

Menjenguk ruangan media sosial pula, ternyata netizen Indonesia telah melakukan ‘kerja’ mereka apabila meminta beberapa YouTuber melakukan ‘reaction’ untuk lagu tersebut.

Segelintir netizen pula mewujudkan kandungan muzik video lirik mereka untuk Belum Mulai di platform masing-masing.

Beberapa TikToker pula turut memperkatakan tentang hubungan cinta yang tidak kesampaian di dalam lagu ini serta menganggap Belum Mulai adalah sebuah lagu yang sedih.

Belum Mulai adalah lagu terbaharu daripada Insomniacks yang menyaksikan kolaborasi bersama Nabila, penyanyi berhijab yang juga naib juara program realiti hiburan, Indonesia Idol musim ke-12.

Lagu ini ditulis dan digubah komposer berbakat, Clara Riva dan S/EEK dengan pengaruh nuansa muzik kumpulan kugiran era 2000-an.

Ia mengisahkan seseorang yang terpaksa meninggalkan orang yang disayanginya kerana beberapa perkara walaupun kisah cinta mereka belum bermula.

Lagu ini dirakam di Jakarta pada Mac lalu dan penggambaran video muzik diadakan sekitar Mei. – 4 Julai, 2024

Topics

 

Popular

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Haze returns: API exceeds 150 in Nilai, Seremban, Johan Setia

Including Kuantan, four areas recorded unhealthy air quality as of 10am

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Related