‘Apa yang berlaku bukan lakonan atau taktik pemasaran, ia benar!’: Diva AA

Jelas Azwan, dia sebetulnya malas melayan tuduhan menganggap apa yang berlaku itu hanya sekadar lakonan

6:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengacara sensasi, Azwan Ali atau dikenali Diva AA menepis tanggapan segelintir pihak bahawa perbalahan yang berlaku antaranya dengan usahawan produk, Datuk Seri Aliff Syukri sekadar “lakonan” atau taktik untuk pemasaran semata-mata.

Menurutnya, dia tidak faham mengapa ia dianggap sebagai lakonan, sedangkan insiden berlaku di acara persembahan di Singapura itu adalah kejadian sebenar yang turut disaksikan ribuan penonton negara berkenaan.

“Kalau ia sekadar lakonan, takkanlah saya mahu biarkan dia (Aliff Syukri), menarik rambut saya dengan kuat, sudah tu, kena seret pulak. Macam mana perkara itu dikatakan lakonan? Sedangkan ia disaksikan secara live (langsung) ramai penonton?

“Segala yang berlaku itu ‘real’ (benar) dan live. Itu hakikatnya, jadi, celah mana yang dikatakan ia adalah sekadar lakonan?

“Dia (Aliff Syukri) sepatutnya hormat saya. Saya ni orang lama dan jauh lebih tua daripada dia. Bila dia tarik rambut saya dan heret saya, di mana adab dia? Nampak sangat dia biadap?

“Ada segelintir netizen turut menyedari hal ini dan mempunyai pandangan sama. Bagi mereka, artis atau selebriti lama harus dihormati,” tegasnya kepada Scoop.

Jelas Azwan, dia sebetulnya malas melayan tuduhan menganggap apa yang berlaku itu hanya drama lakonan.

“Apa sahaja yang berlaku dalam hidup saya, memang orang akan cop perkara sama. Alah, itu hanya lakonan. Alah, itu hanya taktik pemasaran.

“Pergi mampus. Saya dah tutup telinga dengan ayat seperti itu. Itu jawapan saya kepada mereka yang masih mempertikaikan perkara terbabit.

“Apapun, saya salut pada mereka yang hubungi saya, ambil tahu dan ambil berat mengenai keadaan diri saya berhubung insiden ini.

“Saya juga salut dengan netizen yang meluahkan marah dengan tindakan Aliff Syukri itu,” katanya.

Insiden perbalahan antara kedua-dua selebriti itu tercetus apabila Aliff Syukri menarik rambut dan mengheret Azwan ketika acara persembahan popular, The Roast of Okay Let’s Go di Star Theatre, Singapura pada 3 November lalu, kira-kira jam 10 malam.

Meskipun Aliff Syukri sudah membuat permohonan maaf secara terbuka sambil melutut di hujung persembahan, Azwan menganggap perbuatan itu sebagai biadap serta keterlaluan.

Bahkan, katanya, tindakan itu dilakukan dengan niat untuk menganiaya dirinya.

Susulan daripada itu, Azwan tekad meneruskan saman malu RM100 juta terhadap Aliff Syukri untuk “mengajar” usahawan terbabit yang disifatkannya sebagai ego dan menganggap dirinya terlalu hebat. – 8 November, 2023

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related