HEADLINES

Siti Nurhaliza terkenang nasib anak-anak angkatnya di Gaza, tatkala situasinya di sana sedang meruncing

Siti mempunyai sebuah sekolah untuk kanak-kanak Palestin di Gaza yang diberi nama Sekolah Afwa Al-Afiyah yang ditubuhkan sejak 2021

10:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sedih mengenangkan nasib anak-anak angkatnya di Palestin ketika ini.

Siti mempunyai sebuah sekolah khas yang ditubuhkan di Gaza untuk anak-anak Palestin mendapatkan pelajaran yang diberi nama Sekolah Afwa Al-Afiyah.

Situasi genting yang berlaku di Gaza akibat kekejaman Israel telah mengorbankan banyak nyawa insan tidak berdosa termasuk kanak-kanak.

Menerusi hantaran di Instagram, Siti telah berkongsi tabung khas di bawah Yayasan Nurjiwa bagi membantu mangsa perang di Palestin.

“Situasi terkini di sana sangat runcing. Masjid dan bangunan musnah. Banyak nyawa terkorban dan hilang harta benda. Namun sebagai saudara Islam, kita usaha apa yang termampu dan teruslah mendoakan keselamatan mereka.

“Saya mengenangkan bagaimana keadaan anak-anak angkat saya di sana. Semoga semuanya di dalam peliharaan Allah.

“Kami di Yayasan Nurjiwa secara konsisten sejak tabung bantuan khas Palestin ini dilancarkan dengan kerjasama Kita Fund pada tahun 2021 telah menyalurkan sumbangan dan bantuan bulanan ke Gaza sehingga berjaya menubuhkan sekolah kanak-kanak Afwa Al Afiyah di sana.

“Bersama-samalah menghulurkan sumbangan anda untuk membantu saudara kita di Palestin,” tulisnya.

Sehingga kini, lebih 1,500 rakyat Palestin dilaporkan telah terkorban akibat kekejaman rejim Zionis sejak Gaza dibedil pada7 Oktober lalu. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related