HEADLINES

Troye Sivan kejutkan peminat, tampil berpakaian wanita dalam video muzik terbaharu

Ada netizen yang tidak tahu bahawa 'wanita' di dalam video muzik berkenaan ialah Troye Sivan kerana dikatakan terlalu jelita

3:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi sensasi, Troye Sivan mengejutkan peminatnya di seluruh dunia apabila tampil berpakaian wanita dalam video muzik terbarunya yang berjudul One of Your Girls.

Troye berkongsi sedutan video muzik berkenaan serta beberapa fotonya yang tampil berpakaian wanita lengkap dengan rambut palsu dan bersolek.

Dalam video muzik berkenaan, Troye memakai gaun putih dan hitam serta membuat gerak tari mengghairahkan.

Turut tampil dalam video muzik berkenaan ialah pelakon dan penyanyi, Ross Lynch.

“Dunia ini boleh menjadi satu tempat yang menakutkan, kelam dan sedih. Saya sangat berharap muzik ini mampu memberikan sedikit kegembiran minggu ini dan pada masa hadapan. Terima kasih kerana mendengar, menonton, menyukai dan respons,” tulisnya di Instagram.

Penampilan terbaharu penyanyi kelahiran Australia itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminatnya di seluruh dunia.

Ada memuji ‘kejelitaannya’ dan tidak kurang juga yang mengecam.

Namun ada netizen yang tidak menyedari bahawa ‘wanita’ dalam video muzik itu ialah Troye sehinggalah mereka mendapat tahu mengenainya.

Terdahulu, sebelum meluncurkan lagu One Of Your Girls, Troye tampil berbogel dalam video muzik lagu ‘Got Me Started’.

Lagu-lagu tersebut akan dimuatkan di dalam album terbarunya yang berjudul Something To Give To Each Other. – 15 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related