HEADLINES

Terima kasih Maryam, saya akan percepat selesaikan masalah tandas sekolah: PM

Semasa pembentangan Bajet 2024, Perdana Menteri berkata, projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah hampir siap sepenuhnya tahun ini juga

10:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan untuk meneliti dan mempercepatkan masalah tandas sekolah demi kesejahteraan anak-anak di sekolah.

Menerusi catatan di Facebook hari ini Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada seorang murid berusia sembilan tahun bernama Maryam yang menulis surat kepada beliau menceritakan keadaan tandas di sekolahnya.

“Terima kasih Maryam. Saya akan berusaha dengan lebih teliti dan percepat selesaikan masalah ini demi kesejahteraan anak-anak di sekolah,” kata Perdana Menteri.

Dalam hantaran itu Anwar turut berkongsi surat Maryam yang ditulis tangan dalam Bahasa Inggeris dan merujuk beliau sebagai Uncle Anwar. 

Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat” pada Jumaat berkata projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah hampir siap sepenuhnya tahun ini juga.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024 Anwar berkata tidak boleh diterima akal bahawa selama ini anak-anak dibiarkan mengharungi alam persekolahan dengan kemudahan asas khususnya tandas yang rosak dan uzur. – 15 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related