HEADLINES

Lekas ditutup Sabtu dan Ahad ini, beri laluan kepada RHB Lekas Highway Ride 2023

Acara itu telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk menjadi penaja venue serta Bahagian Trafik Bukit Aman bagi pelan pengurusan lalu lintas berhubung jumlah penutupan jalan

5:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) akan ditutup sementara dari 5 petang Sabtu ini hingga 4 pagi keesokannya untuk memberi laluan kepada acara berbasikal malam tahunan RHB LEKAS Highway Ride 2023 (Edisi ke-8).

Ketua Pegawai Eksekutif LEKAS Wan Salwani Wan Yusoff berkata penutupan jalan itu bermula dari Persimpangan Bertingkat Kajang Selatan hingga ke Persimpangan Paroi dengan sejumlah sembilan simpang serta 20 laluan keluar masuk ditutup bagi memastikan kelancaran kayuhan dan keselamatan lebih 6,000 peserta.

“Pengguna dari arah utara dan selatan seperti Kuala Lumpur, Cheras, Kajang, Seremban, Senawang serta Kuala Pilah adalah dinasihat menggunakan Jalan Persekutuan 1 atau Lebuhraya PLUS untuk meneruskan perjalanan mereka,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata acara itu telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk menjadi penaja venue serta Bahagian Trafik Bukit Aman bagi pelan pengurusan lalu lintas berhubung jumlah penutupan jalan.

“Selain itu, LEKAS mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia untuk menganjurkan acara ini. Penutupan jalan bagi acara ini dijangka membabitkan kira-kira 60,000 pengguna lebuh raya.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PDRM atas kerjasama dan sokongan mereka dengan menyediakan anggota dari Kajang, Mantin, Nilai serta Seremban bagi membantu penutupan jalan ini,” katanya.

LEKAS turut memohon maaf kepada pengguna jalan raya atas sebarang kesulitan yang dihadapi. – 17 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related