HEADLINES

Polis sahkan kematian bayi akibat luka dikelar di bahagian leher

Polis bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada ibu kandung bayi yang merupakan suspek mempunyai masalah kesihatan mental

9:19 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan punca kematian bayi berusia setahun enam bulan, Muhammad Uwais Mohd Khairul, di Pasir Gudang semalam adalah akibat luka dikelar di bahagian leher dipercayai dilakukan oleh ibu kandungnya sendiri.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak turut mengesahkan bahawa bayi malang itu berada di bahagian ruang tamu rumah suspek ketika kejadian.

“Setakat ini, seorang jiran telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada suspek mempunyai masalah kesihatan mental.

Suspek yang berusia 32 tahun kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman hingga 23 Mac itu dikeluarkan oleh Majistret Suhaili Sapun di Hospital Permai, Tampoi di sini.

Insiden pada 1.30 tengah hari itu menyaksikan suspek menghantar gambar bayi yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp sejurus selepas mengelar kanak-kanak tersebut.

Mohd Sohaimi berkata, sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa turut dirampas di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat dan motif kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jenazah bayi malang itu dituntut oleh bapanya sejurus selesai proses bedah siasat di Jabatan Perubatan HSI pada kira-kira 3.30 petang tadi.

Jenazah dijangka dikebumikan di Felda Redong, Segamat hari ini. – 17 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related