HEADLINES

Aliff Syukri diarah bayar RM250,000 kepada Abdul Kadir berkait kes fitnah

Mahkamah Tinggi turut memerintahkan Aliff Syukri membayar kos RM50,000 kepada Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, selain menghapuskan kenyataan fitnah di media sosial dalam tempoh tujuh hari

2:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan ahli perniagaan dan pempengaruh, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman, membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, dalam kes saman fitnah berhubung dakwaan hutang pelaburan puluhan juta ringgit.

Hakim Roslan Mat Nor turut mengarahkan Aliff Syukri membayar kos RM50,000 kepada Abdul Kadir serta menghapuskan semua kenyataan fitnah daripada akaun media sosial dalam tempoh tujuh hari.

“Defendan sama ada pegawai atau ejennya dihalang menerbitkan, menyebabkan diterbitkan perkara diadukan atau apa-apa lain yang mempunyai kesan sama.

Defendan sama ada melalui khidmat atau ejennya menghapuskan libel (fitnah bertulis) yang diterbitkan terhadap plaintif daripada semua akaun media sosial dalam tempoh tujuh hari daripada perintah ini.

Defendan juga perlu memberi aku janji bertulis bahawa defendan tidak akan menyebabkan atau menyiarkan sebarang fitnah terhadap plaintif,” kata Hakim Roslan.

Beliau menegaskan maruah serta nama baik seseorang adalah amat berharga dan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

“Plaintif seorang ahli politik tanah air yang terlibat dalam arena politik begitu lama. Beliau pernah dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan, memegang jawatan menteri di beberapa portfolio sebelum bersara dan kini aktif dalam perniagaan serta parti politik.

Defendan pula seorang pempengaruh terkenal dengan jutaan pengikut di media sosial, selain terlibat dalam bidang perniagaan,” katanya.

Hakim Roslan menambah, terdapat saluran undang-undang terbuka untuk defendan mengemukakan tuntutan hutang atau hak terhadap plaintif, bukannya melalui kenyataan fitnah.

Abdul Kadir, 86, memfailkan saman pada 6 September 2023 mendakwa Aliff Syukri, 39, mengeluarkan kenyataan fitnah di Instagram dan Facebook pada 2 Julai 2023 yang membawa maksud beliau berhutang berjuta ringgit. Kenyataan itu turut disertakan gambar plaintif sehingga mengundang komen negatif.

Aliff Syukri dalam pembelaannya mendakwa beliau telah membuat bayaran pelaburan RM30 juta mengikut perjanjian usahasama bertarikh 26 November 2018, namun mendakwa pihak lain gagal menunaikan janji termasuk aku janji plaintif sendiri. – 29 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Brunei’s DPMM FC returns as invited team for 2025–26 Super League season

MFL confirms DPMM FC’s participation with FIFA approval as 14 clubs line up for new season under stricter financial rules

Related