HEADLINES

Serangan Israel sepatutnya dihentikan terus, bukan sekadar gencatan senjata sementara: ABIM

ia tindakan yang penting kerana jumlah korban dalam kalangan orang awam sudah mencecah lebih 13,000

6:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik gencatan senjata sementara antara rejim Zionis dan Hamas selama empat hari namun menyifatkan konflik tersebut yang berterusan sejak 7 Oktober lalu ditamatkan segera.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ia tindakan yang penting kerana jumlah korban dalam kalangan orang awam sudah mencecah lebih 13,000 dengan kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak dan wanita.

“Bagi Abim, sepatutnya bukan empat hari. Ia adalah tuntutan global, malah mengikut Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 26 Oktober lalu, majoriti dunia mahu peperangan di Gaza ditamatkan,” katanya kepada Scoop hari ini.

Selain itu, dari sudut kemanusiaan pula, katanya, masyarakat awam; khususnya warga emas, wanita dan kanak-kanak yang berada di hospital akibat serangan kejam Zionis, kini amat memerlukan bantuan.

Beliau turut menggesa agar semua negara Islam mendesak PBB meluluskan Resolusi Majlis Keselamatan untuk menghantar misi keamanan dengan memberi ruang kepada negara-negara Islam menghantar pasukan pengaman PBB.

“Sekiranya pihak PBB meluluskan misi ini, ia membolehkan dunia Islam turut sama menghantar (tentera pengaman ke Gaza) bagi memastikan masyarakat awam dibela (nasib mereka) dan memastikan keangkuhan rejim Zionis ini dapat dihalang,” tegasnya.

Meskipun tiga daripada 38 anggota Kabinet Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengundi untuk menentang gencatan senjata tersebut, Israel hari ini memeterai perjanjian bersama Hamas bagi membebaskan 50 wanita dan kanak-kanak yang ditahan sebagai tebusan di Gaza sebagai pertukaran.

Difahamkan, bagi setiap 10 tebusan yang dibebaskan, gencatan senjata akan dilanjutkan sehari.

Bagaimanapun pejabat Perdana Menteri Israel tidak mengulas mengenai pembebasan tahanan Palestin.

Dalam masa sama, Hamas dalam kenyataannya memaklumkan 50 wanita dan kanak-kanak yang ditahan di Gaza akan dibebaskan sebagai pertukaran untuk 150 wanita dan kanak-kanak Palestin yang kini ditahan di penjara Israel.

Hamas menambah, Israel juga akan menghentikan kepungan bagi membolehkan ratusan trak membawa bantuan kemanusiaan dan perubatan masuk ke Gaza.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 14,100 orang telah terkorban dan 1.7 juta orang kehilangan tempat tinggal di Gaza.

Ribuan bangunan, termasuk hospital, masjid, dan gereja turut musnah dalam serangan udara dan darat Israel ke atas kawasan yang dikepung itu.

Israel pula mendakwa 1,200 rakyatnya kehilangan nyawa. – 22 November, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

‘It’s unsettling’, Mirzan Mahathir’s family shaken as Cartier, Rolex, among RM1.8mil in valuables stolen from home

Burglars ransacked the family home while daughter was present, leaving the family devastated as police launch a full investigation

Related