HEADLINES

Bantuan khas kewangan pada Terengganu, tidak negeri pembangkang lain ‘itu prerogatif kerajaan’

Pembiayaan berkenaan adalah lebih kepada usaha merancakkan ekonomi Terengganu: penganalisis

9:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  Keputusan kerajaan membiayai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM500 bagi penjawat awam kerajaan Terengganu adalah lebih kepada usaha merancakkan ekonomi negeri itu.

Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Mohd Afzanizam Abdul Rashid ketika dihubungi Scoop berkata, pembiayaan hanya kepada Terengganu dan tidak bagi negeri pembangkang lain disifatkan sebagai prerogatif kerajaan.

“Signifikan pemberian BKKA ini adalah ia akan merancakkan ekonomi Terengganu kerana wang ini akan dibelanjakan terhadap barangan dan perkhidmatan. 

“Sudah pasti ia akan ada kesan rantaian yang positif terhadap ekonomi Terengganu. 

“Tentang keputusan kerajaan Persekutuan untuk memberikannya kepada Terengganu (negeri pembangkang selain Kedah, Kelantan, Perlis) saya kira itu prerogatif kerajaan,” katanya kepada Scoop hari ini.

Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pembiayaan hanya kepada Terengganu dan tidak bagi negeri pembangkang lain disifatkan sebagai prerogatif kerajaan. – Gambar media sosial, 24 Mac, 2025

Terdahulu, Kerajaan Madani bersetuju membiayai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam Kerajaan Negeri Terengganu.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan langkah itu, susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ke Terengganu pada 21 Mac.

Menurut kenyataan itu, BKKA akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi menyerikan persiapan menyambut lebaran.

Sementara bagi negeri pembangkang seperti Kelantan, Perlis dan Kedah, setakat ini Perlis telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kira-kira 1,700 penjawat awam di negeri itu.

Bantuan kepada penjawat awam itu akan dibayar akhir hujung bulan ini kepada penjawat awam Gred 15 dan ke bawah termasuk pegawai serta petugas lantikan kontrak yang bekerja di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.

Sementara di Kelantan, Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohamed Fadzli Hassan memberitahu, keputusan mengenai pemberian bonus raya dan cuti tambahan kepada penjawat awam di negeri itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri minggu ini. – 24 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related