HEADLINES

Wanita kelar anak hingga maut, hantar gambar mangsa kepada suami di WhatsApp

Motif kejadian dan punca kematian kanak-kanak itu masih disiasat

9:07 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak berusia setahun enam bulan maut dikelar ibu kandungnya dalam satu kejadian di sebuah rumah di Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, selepas mengelar anaknya, suspek kemudian menghantar gambar mangsa yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan mengenai insiden itu pada jam 1.30 petang semalam.

Susulan itu, katanya, suspek warga tempatan berusia 32 tahun ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Semasa tangkapan, polis merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa di lokasi kejadian.

“Permohonan reman terhadap suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dilakukan hari ini,” katanya dalam kenyataan, lewat malam tadi.

Kumar berkata, motif kejadian dan punca kematian kanak-kanak itu masih disiasat.

“Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk bedah siasat yang akan dijalankan, hari ini.

“Kes masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya. – 17 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related