HEADLINES

Serangan hospital Gaza: Ini dah sampai tahap gila, hilang perikemanusiaan

Perdana Menteri turut kesal dengan negara barat yang sering memperjuangkan soal hak kemanusiaan tetapi tidak mengambil tindakan segera untuk menamatkan konflik Israel-Palestin

11:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan udara Israel ke atas sebuah hospital di Gaza yang mengorbankan kira-kira 500 nyawa semalam, sebagai perbuatan gila dan tidak berperikemanusiaan.

Malah, beliau turut kesal dengan negara barat yang sering memperjuangkan soal hak kemanusiaan tetapi tidak mengambil tindakan segera untuk menamatkan konflik Israel-Palestin.

“Perkembangan terkini mengenai serangan Israel itu agak keterlaluan. Saya juga turut mengulangi beberapa kenyataan yang dibuat dan juga mendukung beberapa kenyataan sesetengah pimpinan negara luar yang menyatakan kesal dan mengecam pengeboman hospital Gaza.

“Apa pun yang dituduh siapa pun maknanya, ini kesan dari serangan dan perang. Sebab itu kita katakan sebaiknya hentikan. Ini masa untuk kita redakan keadaan dan hentikan. Kalau teruskan, mangsanya wanita, anak-anak dan pesakit.

“Ini dah sampai ke tahap gila dan hilang perikemanusiaan. Dan yang paling dikesalkan, negara barat yang bercakap soal hak kemanusiaan, ini rupanya ada kategori. Ada manusia kelas satu, ada manusia kelas hamba dan ini yang kita bantah sekeras-kerasnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucapan pembukaan dan merasmikan Simposiun Laluan Ke Arah Kesejahteraan Lebih Baik Untuk Malaysia di Putrajaya, hari ini.

Awal hari ini, sebuah hospital di tengah Gaza yang sarat dengan pesakit dan pelarian Palestin dibom askar Zionis, menyebabkan lebih 500 maut.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau akan berlepas ke Riyadh, Arab Saudi esok bagi menghadiri persidangan tetap di antara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN.

Katanya, selepas persidangan tersebut, satu perbincangan khusus mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin akan diadakan.

“Selepas GCC, Perdana Menteri, Putera Mahkota Mohammed bin Salman minta saya hadir untuk lawatan sehari untuk berbincang.

“Saya akan fikir keperluan dan berbincang dengan beberapa pimpinan sama ada saya harus jelajah ke beberapa negeri atau melalui telefon sahaja,” katanya. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related