HEADLINES

‘Kalau tiada isteri, siapa nak masak’, Taufik Batisah selar golongan suami yang pentingkan diri dan berasa diri mereka hebat

Bekas pemenang Singapore Idol pertama ini turut mengingatkan golongan lelaki bahawa di dalam sesebuah hubungan tidak ada siapa yang kalah atau menang

4:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi kelahiran Singapura, Taufik Batisah yang kini telah menjadi ejen hartanah berdaftar, menyelar sikap segelintir golongan suami yang terlalu mementingkan diri.

Dalam satu hantaran di Instagram miliknya, Taufik menyuarakan kritikan itu apabila ada golongan suami yang sibuk memperkatakan peranan mereka lebih penting berbanding yang lain-lain dengan alasan mereka yang ‘membeli beras’.

“Maaf, saya terpaksa menyatakan perkara (ini). Saya lihat komen ini “Kita beli beras bro”, berkenaan suami beli beras dan suami begitu penting.

“Serius, rumah tangga adalah satu unit. Tiada siapa yang lebih penting daripada yang lain. Kau beli beras, kau masak sendirilah. Kalau takde isteri, siapa nak pergi masak?” soalnya.

Bekas pemenang Singapore Idol pertama yang pernah mencipta nama dengan lagu First, Holding On dan I Promise Forever ini juga mengingatkan golongan lelaki bahawa di dalam sesebuah hubungan tidak ada siapa yang kalah atau yang menang.

“Anda adalah sebuah unit. Ingat itu. Tiada siapa yang lebih penting daripada yang lain. Saat anda fikir anda lebih penting daripada yang lain, ia adalah hubungan yang gagal. Pertimbangkan perkara ini,” katanya.

Hantaran yang dimuatnaiknya itu telah mendapat respons yang cukup banyak dalam kalangan pengikutnya terutama golongan wanita.

Rata-rata mereka bersetuju dengan apa yang diperkatakan Taufik itu, malah berharap golongan suami akan membaca hantaran tersebut.

Tidak kurang juga yang mengkritik sikap segelintir golongan suami yang berasa mereka sentiasa hebat kerana posisi sebagai ketua atau raja di dalam keluarga dan berpendapat cara pemikiran seperti ini perlu diubah. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related