◉ HEADLINES

Penyelarasan subsidi bukan untuk bebankan rakyat: PM

Menurutnya, subsidi haruslah diagihkan secara adil kepada golongan rentan yang memerlukan

5:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelarasan subsidi yang diumumkan dalam Bajet 2024 bukanlah untuk membebankan rakyat.

Sebaliknya, beliau berkata, tindakan itu bagi memastikan kerajaan tidak membazirkan wang rakyat dengan menyenangkan lagi golongan yang berkemampuan.

“Saya menekankan yang saya bukan anti maha kaya, namun kita haruslah bersifat adil kepada golongan rentan yang memerlukan,” katanya.

Sewaktu berucap pada simposium The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia anjuran Social Wellbeing Research Centre, Universiti Malaya (UM) pagi tadi, beliau menyentuh mengenai keutamaan dan tanggungjawab kerajaan dalam menutup ketirisan dan menghapus segala kebobrokan sebelum menimbang cukai penggunaan baharu.

“Sayugia, kerugian berpuluh bilion ringgit yang berdekad ditanggung kerajaan haruslah dicakup semula agar ia dapat dilabur demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, adalah penting untuk kerajaan mengambil tanggungjawab dan menjaga tatakelola agar Malaysia menjadi sejahtera dan adil kepada semua.

Semasa pembentangan Bajet 2024 pada Jumaat lepas, Anwar berkata, penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa mulai tahun hadapan.

Katanya, langkah itu susulan jangkaan kerajaan terhadap keperluan subsidi pada 2024 akan mencecah RM81 bilion, biarpun RM64 bilion dibelanjakan pada tahun ini.

Dalam Bajet 2024, tiga jenis barangan dan perkhidmatan akan diberi tumpuan iaitu ayam dan telur; elektrik serta diesel.

Untuk subsidi ayam dan telur, kerajaan menimbangkan supaya harga pasaran diapung berdasarkan harga yang lebih rendah daripada harga apungan pasaran.

Bagi perkhidmatan elektrik, subsidi bersasar akan dilakukan dan mampu menjimatkan lebih RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik RM20 bilion. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related