◉ HEADLINES

Subsidi bersasar bantu tarik minat pemilikan EV: Nik Nazmi

Nik Nazmi menjawab soalan tambahan Wong Chen (PKR-Subang) yang ingin tahu sama ada kerajaan terbuka meningkatkan sasaran jumlah kenderaan EV

3:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelaksanan subsidi bersasar dapat menarik minat pemilikan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sektor EV di China berkembang pesat apabila pengguna terpaksa membayar kos sebenar untuk bahan api jika terus menggunakan kenderaan bukan mesra alam, katanya.

“Dalam subsidi bersasar, perkara besar adalah berkaitan petrol. Bila ada subsidi bersasar berdasarkan pendapatan isi rumah, pengguna terpaksa membayar kos sebenar (untuk bahan api) dan kemungkinan ramai antara mereka akan beralih kepada EV.

“Ia juga akan menjadi satu faktor penting negara-negara lain seperti China dapat berkembang dengan sangat cepat,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini

Nik Nazmi menjawab soalan tambahan Wong Chen (PKR-Subang) yang ingin tahu sama ada kerajaan terbuka meningkatkan sasaran jumlah kenderaan EV berbanding 1.5 juta unit menjelang tahun 2040 dan memperkenalkan insentif-insentif seperti digunapakai oleh China.

Beliau bersetuju dengan saranan Wong bahawa wujud keperluan mengkaji semula sasaran yang ditetapkan supaya lebih agresif bagi memastikan negara mencapai matlamat yang lebih bermakna.

“Banyak perkara berubah, mungkin kita perlu satu sasaran lebih tinggi,” katanya.

Menurut Wong, sebanyak 23 juta kenderaan aktif di dalam negara dan sasaran 1.5 juta EV hanyalah tujuh peratus daripada jumlah itu.

Justeru, beliau ingin tahu adakah kerajaan akan melihat keperluan untuk perlu meningkatkan sasaran kenderaan EV menjelang 2040 kepada 20 peratus ataupun 30 peratus. – 19 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related