HEADLINES

Sanusi jenis telinga nipis, tak boleh dikritik: Puad

Kalau ya pun budaya, itu bukan sijil Sanusi boleh halalkan tabiat cerca dan carut macam ‘hang bodoh’: Puad

10:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kononnya kekasaran kata-katanya adalah disebabkan ia sememangnya budaya orang Kedah, tidak boleh diterima.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, sekiranya benar ia adalah budaya penduduk di negeri berkenaan sekali pun, pemimpin terbabit tidak boleh menggunakan alasan itu untuk mencerca dan mencarut.

“Selama ini dia mendakwa terbawa-bawa budaya orang Kedah yang kasar. Kalau ya pun budaya, itu bukan sijil Sanusi boleh halalkan tabiat cerca dan carut macam ‘hang bodoh’.

“PAS dulu suka mencerca Tun M (Mahathir) ‘Mahazalim, Mahafiraun dan anti hudud’. Tidak pula Tun M membalas dengan kasar. Dia pun orang Kedah,” katanya.

Beliau berkata, sebagai Menteri Besar dan pemimpin Islam, Sanusi tidak boleh menggunakan alasan berkenaan.

“Bahasa kesat sudah jadi budaya PAS. (Tan Sri Abdul) Hadi Awang kata ‘kalau nak bersihkan najis tidak boleh masuk dalam tong najis’. ‘Hang bodoh’,” katanya.

Pada masa sama, Puad berkata, Sanusi adalah pemimpin ‘telinga nipis’ dan tidak boleh dikritik meskipun beliau sendiri berkasar ketika mengeluarkan kata-kata.

“Kenapa Sanusi berkelakuan kasar? Menurut berita, Sanusi berkelakuan kasar kerana pelbagai tuduhan tidak berasas ditujukan kepada beliau.

“Bermakna dia jenis telinga nipis dan tidak boleh dikritik,” katanya. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Amarjit Singh elected UCI vice-president, a first for the nation

Cycling chief vows to strengthen Asia’s voice in global sport after historic win in Kigali

Related