◉ HEADLINES

316 pegawai, anggota AVSEC ditauliahkan, keselamatan lapangan terbang diperkukuh

Jumlah seluruh kekuatan AVSEC MAHB kini mencapai 3,743 orang, sekali gus menjadikan ia pasukan polis bantuan terbesar dalam sektor korporat negara

8:53 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Sebanyak 316 pegawai dan anggota Keselamatan Penerbangan (AVSEC) ditauliahkan dalam Majlis Tamat Perbarisan Asas yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hari ini.

Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata dengan pentauliahan baharu itu, jumlah seluruh kekuatan AVSEC MAHB kini mencapai 3,743 orang, sekali gus menjadikan ia pasukan polis bantuan terbesar dalam sektor korporat negara.

Beliau berkata dengan pentauliahan pegawai dan anggota baharu ini, ia dapat memperkukuh tahap keselamatan di 39 lapangan terbang di seluruh negara seiring peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

“Keselamatan penumpang dan lapangan terbang sentiasa menjadi keutamaan MAHB. Seiring dengan tanggungjawab Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan persiapan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026, aspek keselamatan di lapangan terbang menjadi lebih kritikal.

“Ia dalam memastikan kelancaran pengalaman penumpang yang akan berkunjung. Justeru, kami bukan sahaja memberi penekanan terhadap latihan dan pembangunan modal insan, tetapi juga melabur dalam teknologi keselamatan terkini bagi memperkukuh keupayaan AVSEC,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis Tamat Perbarisan Asas yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA 1)  hari ini bertujuan memberikan pengiktirafan rasmi kepada pegawai dan pembantu keselamatan penerbangan sebagai barisan hadapan yang bertanggungjawab menjaga lapangan terbang.

Kesemua 15 pegawai dan 301 anggota AVSEC yang ditauliahkan hari ini telah menyelesaikan latihan yang komprehensif dan kini dilatih untuk menjalankan tugas dengan cekap dan profesional.

Para pelatih menjalani latihan selama enam bulan, dengan dua fasa utama iaitu membabitkan latihan intensif selama dua bulan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) yang memberi fokus kepada asas ketenteraman awam dan disiplin keselamatan. 

Latihan diteruskan selama empat bulan di Pusat Latihan MAHB dan dua bulan On-Job-Training  yang memberikan pengalaman praktikal di lapangan.

Silibus latihan adalah menyeluruh, merangkumi aspek teknikal dan teori selain diajar kemahiran menembak serta seni mempertahankan diri manakala dari segi akademik pula, pelatih diberi pemahaman dalam undang-undang polis dan penerbangan awam. – 11 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Stop pampering the two-wheeled road ruffians! – Ravindran Raman Kutty

For too long, politics pampered road ruffians. Now their menace has matured into road terrorism — and leaders must stop stroking the tiger

Iran women’s football team may stay longer in Malaysia as AFC seeks safe options

The Asian Football Confederation says the Iran women’s national team could remain in Malaysia temporarily while authorities explore safe arrangements, after concerns over the players’ safety following the 2026 AFC Women’s Asian Cup in Australia

◉ Related