HEADLINES

Scammer cuba sabotaj wang sumbangan obituari pelajar mangsa tikam

Penggodam mengganti kod QR yang dipapar pada obituari dalam talian mangsa dengan kod palsu, ia kemudian dipaut ke akaun mereka sendiri menyebabkan penderma tertipu

4:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketika negara dikejutkan dengan pembunuhan kejam seorang pelajar SMK Bandar Utama Damansara (4) berusia 16 tahun, yang maut ditikam rakan sekolah awal minggu ini, scammer terus licik cuba mengambil kesempatan.

China Press melaporkan, individu tidak bertanggungjawab dikesan mengganggu obituari dalam talian mendiang remaja itu dengan menggantikan kod QR asal untuk sumbangan takziah kepada keluarganya dengan kod palsu yang dipaut ke akaun mereka sendiri.

Penipuan itu terbongkar selepas netizen mula berkongsi obituari mangsa di media sosial untuk merakamkan ucapan takziah, tetapi kemudiannya mendapati kod QR pembayaran telah ditukar.

Difahamkan penipuan itu bertujuan untuk mencuri wang takziah daripada orang ramai yang tidak menyedari kod QR tersebut adalah palsu.

Difahamkan, e-dompet yang sah milik ibu mangsa sudah mencapai had transaksi, bermakna pemindahan tulen tidak lagi boleh dibuat.

Walaupun begitu, kod palsu masih terus beredar dalam talian, mengelirukan dan memperdaya mereka yang ingin membantu.

Insiden itu telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia. Ramai mengutuk tindakan scammer itu sebagai “tidak berhati perut” dan “tidak berperikemanusiaan,” terutamanya ketika keluarga mangsa masih meratapi pemergian tragis anak tunggal mereka.

Media semalam melaporkan, remaja lelaki yang menikam rakan sekolahnya itu sehingga maut dipercayai meminati mangsa secara rahsia.

‎Mahkamah Majistret semalam turut membenarkan reman selama tujuh hari terhadap remaja terbabit bagi membantu siasatan. – 16 Oktober 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Related