HEADLINES

Semua surat rasmi kepada kerajaan wajib guna Bahasa Melayu, jika tidak ia tidak akan dilayan: PM

Anwar turut mengingatkan pelajar universiti agar meneruskan budaya amalan membaca, bukan hanya untuk setakat lulus peperiksaan semata-mata

4:07 PM MYT

 


CYBERJAYA — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jenis surat rasmi yang dihantar kepada kerajaan diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu.

Tegas beliau, jika perkara itu tidak diikuti, surat-surat yang dihantar itu tidak akan dilayan dan dipulangkan semula sekiranya menggunakan selain daripada Bahasa Kebangsaan.

“Saya ingin peringatkan hal ini dalam kalangan syarikat tempatan dan universiti tempatan supaya arahannya siapa sahaja menulis selain bahasa kebangsaan surat itu akan dipulangkan. Ini tidak akan menjadikan kita sempit.

“Saya tidak meremehkan (bahasa Inggeris) tetapi perlu mengakar di bumi berhubung pemerkasaan budaya daripada sudut bahasa, sastera sesuatu yang integral dalam pembinaan bangsa.

“Jangan cuba remehkan, arahan jelas bahawa tidak akan melayani sebarang surat yang disampaikan oleh rakyat, syarikat tempatan dalam bahasa selain bahasa kebangsaan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 di Universiti Multimedia, di sini hari ini.

Dalam ucapannya itu, Anwar turut mengingatkan pelajar universiti agar meneruskan budaya amalan membaca, bukan hanya untuk setakat lulus peperiksaan semata-mata.

“Pelajar-pelajar sekarang membaca untuk kelulusan semata-mata. Itu yang ditanam sejak dari dahulu.

“Budaya (membaca) ini harus dihidupkan semula.

“Sehubungan itu, RM50 juta akan disediakan tahun hadapan untuk agensi kerajaan mengetengahkan karya seni dan sastera selain mempergiat aktiviti seperti teater warisan dan memupuk minat membaca karya agung dalam kalangan belia,” katanya. – 25 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related