◉ HEADLINES

Ada individu lain berkait pemulangan aset 1MDB

Identiti individu lain itu bagaimanapun tidak boleh didedahkan kerana akan mengganggu siasatan kes berkenaan

5:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengenal pasti seorang lagi individu di luar negara yang mempunyai kaitan dengan usaha pemulangan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai jutaan ringgit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata ia merupakan penemuan positif susulan siasatan yang dilakukan terhadap bekas jurubank Kumpulan Goldman Sachs Roger Ng dalam pemulangan aset 1MDB di dalam dan luar negara.

Beliau berkata identiti individu lain itu tidak boleh didedahkan kerana akan mengganggu siasatan kes berkenaan.

“Penjejakan aset-aset berkenaan tidak semestinya melibatkan Roger Ng sebaliknya terdapat individu lain dikenal pasti mempunyai kaitan pemilikan dana 1MDB itu,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata siasatan terhadap Ng masih lagi diteruskan dan tumpuan akan diberikan kepada pemulangan aset 1MDB.

Ramli berkata aset-aset ini berada di pelbagai lokasi dalam dan luar negara dan ia menjadi tumpuan siasatan polis.

Sebelum ini, media melaporkan Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB, akan berdepan pertuduhan di negara ini.

Sementara itu, Ramli berkata seramai 1,160 individu ditahan bagi tempoh Januari sehingga 22 Okt lepas kerana disyaki terlibat dengan pusat panggilan sindiket penipuan seluruh negara yang melibatkan kerugian RM883,967.

Beliau berkata daripada jumlah yang ditahan itu, 791 merupakan warga tempatan dan 369 warga asing.

Ramli berkata mana-mana ejen, orang tengah atau pemilik kediaman yang menyewakan premis untuk sindiket pusat panggilan akan diambil tindakan kerana bersekongkol atau bersubahat.

“Semua ejen berkaitan sewaan akan dipertanggungjawab sebagai rakan sejenayah dan boleh dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan serta Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.

“Pemilik premis juga akan dipertanggungjawabkan atas prinsip kenali pelanggan anda,” katanya sambil menambah 9,432 peranti turut dirampas bagi kes itu. – 26 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related