HEADLINES

Sultan Ibrahim dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-17, berkuatkuasa 31 Januari 2024

Sultan Nazrin Shah pula dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong

1:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, berkuatkuasa 31 Januari 2024.

Sementara Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Perkara ini dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-263 (Khas) bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

“Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja yang berlangsung hari ini, telah dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul lman dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-raja kecuali Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan.

“Menurut peruntukan Paragraf 3, Bahagian Pertama, Jadual Ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-raja ini telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen. Perdana Menteri juga telah dimaklumkan,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Pemilihan itu diadakan berikutan tempoh lima tahun penggal pemerintahan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, bakal tamat pada 30 Januari tahun depan.

Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019 setelah dipilih pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Januari tahun sama. – 27 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related