◉ HEADLINES

Permohonan rayuan haji 1448H/2027M dibuka 2 Oktober ini

Tabung Haji buka ruang rayuan lebih awal; pendaftaran menerusi THiJARI dengan syarat simpanan minimum RM15,000

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pembukaan permohonan rayuan bagi mengerjakan ibadah haji musim 1448H/2027M menerusi aplikasi dan portal THiJARI bermula 2 Oktober ini, lebih awal berbanding musim sebelumnya.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad, menyatakan bahawa langkah awalan ini bertujuan memberi tempoh masa yang selesa kepada bakal jemaah untuk membuat persediaan menyeluruh dari sudut kewangan, kesihatan, dan ilmu.

“Kadar bayaran haji yang ditetapkan kepada jemaah haji terpilih melalui proses rayuan adalah kos haji penuh iaitu RM33,300 bagi musim haji 1448H/2027M, bertepatan dengan konsep istito’ah dalam kewajipan menunaikan haji. Permohonan ini terbuka kepada pendeposit yang mempunyai simpanan sebanyak RM15,000 dalam akaun TH masing-masing,” kata Mustakim dalam satu kenyataan hari ini.

Kriteria merit dan keutamaan rayuan

Menurut TH, pertimbangan bagi rayuan luar giliran tahun semasa akan dinilai menerusi sistem skor merit yang teliti. Antara kriteria yang diambil kira termasuk:

Tempoh pendaftaran dan umur pemohon.

Purata baki simpanan serta ketekalan simpanan berulang dalam akaun TH.

Kekerapan membuat permohonan rayuan sebelum ini.

Kehadiran ke Kursus Asas Haji anjuran TH.

Keutamaan khas turut diberikan kepada permohonan rayuan kategori mahram, pengiring jemaah warga tua, serta pengiring jemaah Orang Kurang Upaya (OKU) yang telah terpilih.

Bagi jemaah yang berjaya dalam rayuan kategori mahram atau pengiring, kadar bayaran haji yang dikenakan adalah mengikut struktur kumpulan B40, M40, atau T20 berpandukan kadar penerima tawaran asal yang diiringi.

Persediaan kesihatan dan Kursus Asas Haji

TH turut mengingatkan semua bakal jemaah bahawa kelulusan akhir permohonan rayuan tertakluk sepenuhnya kepada ujian saringan kesihatan.

Bagi mengukuhkan persediaan ilmu, jemaah disaran menyertai Kursus Asas Haji anjuran TH yang mula berlangsung di lebih 200 masjid seluruh negara sejak 25 September lalu.

Semakan status dan permohonan rayuan boleh dibuat secara terus menerusi aplikasi THiJARI atau portal rasmi www.thijari.com.my. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919. – 28 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Malaysia’s consumer redress portal empowers complaint resolution across sectors

MCMC's platform streamlines complaint processes, enhancing protection and resolution across key industries

[UPDATED] BAC files for judicial review after 17 law grads barred from CLP exam

This as qualifying board has deemed them ineligible to sit for certificate as they had not spent at least a year of their degree in UK, as mandated by their course

◉ Related