◉ HEADLINES

Persaudaraan, perpaduan umat Islam akan sentiasa diuji, titah Sultan Nazrin

10:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah ikatan persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam, akan sentiasa diuji dengan pelbagai perkara yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan persengketaan.

Baginda bertitah fitnah dan menyemaikan rasa benci kini semakin mempengaruhi pemikiran dan pendirian ummah, yang mendorong kepada pertelingkahan, keretakan hubungan dan perpecahan.

Sehubungan itu, baginda bertitah umat Islam sewajibnya memilih untuk melihat elemen persamaan, yang berupaya membina perpaduan ummah dalam semangat ‘biduk lalu kiambang bertaut’.

“Perpaduan ialah perkara yang wajib diutamakan dan dijiwai oleh insan yang menghayati roh Islam, kerana Islam ialah agama yang menekankan kepada aspek keamanan dan perdamaian.

“Umat Islam adalah bersaudara atas dasar tautan roh, yang seharusnya berperanan memperkukuh rasa kasih sayang, saling hormat-menghormati serta bersikap sopan terhadap orang lain,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-quran Peringkat Antarabangsa Ke-63 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam ini.

Sementara itu, Sultan Nazrin turut bertitah persaudaraan insaniah yang terjalin, diperkukuhkan dengan semangat persaudaraan yang berpegang pada satu akidah, terbina dari dasar tauhid yang mengaku tiada tuhan disembah melainkan Allah.

Titah baginda, masyarakat yang kuat terbina melalui perpaduan yang kukuh dan disebabkan itu, perpaduan sangat dianjurkan dan diterapkan menerusi amalan-amalan ibadah seperti solat berjemaah, solat Jumaat, bertadarus al-Quran, berqiamullail di masjid.

“Begitu juga falsafah yang tersirat di sebalik ibadah-ibadah zakat, sedekah, wakaf dan haji, juga tuntutan melakukan pelbagai tanggungjawab fardu kifayah,” titah baginda. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related