HEADLINES

Sana-sini orang bikin konsert, Aweera tertanya kenapa tiada penganjur panggil kumpulan Mojo

Menurut Aweera dia melihat sana-sini konsert dianjurkan, namun tiada siapa yang memanggil kumpulan Mojo untuk membuat persembahan konsert

2:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penyanyi Aweera mempersoalkan kenapa Kumpulan Mojo tidak dijemput untuk membuat persembahan sedangkan banyak konsert dianjurkan di Malaysia saban tahun.

Aweera yang juga penyanyi Kumpulan Mojo mengadu nasib seolah-olah tiada pihak yang berminat untuk menjemput kumpulan terbabit meskipun penganjur dilihat berebut-rebut untuk mengadakan konsert sama ada melibatkan artis yang mempunyai nama, artis baharu mahupun veteran.

“Aku tengok ‘flyers’ konsert bersepah. Tapi Mojo tiada siapa pun yang panggil. Apa cerita? Kenapa industri?,” luahnya di Instagram.

Sementara itu di ruangan komen, ada netizen yang berpendapat terlalu banyak konsert dari artis Indonesia dianjurkan di negara ini sehingga artis tempatan dianaktirikan.

“Banyak sangat konsert artis luar. Tak faham betul lah. Artis Indonesia senang-senang sahaja buat konsert di Malaysia,” tulis salah seorang netizen.

Namun ada juga yang berpandangan disebabkan Mojo pernah mempunyai isu suatu ketika dahulu menyebabkan nama kumpulan terbabit tidak dipandang oleh penganjur.

Aweera (tengah) ketika menganggotai kumpulan Mojo. – Gambar Instagram, 29 Oktober, 2023

Mojo yang dianggotai oleh Aweera, Edry, Denny, dan Johar mula ditubuhkan pada 2012. Single pertama mereka Andai Ku Bercinta lagi mendapat tempat di hati peminat tempatan sehingga berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-27

Pada 2014, Aweera telah meninggalkan Mojo. Malah persembahan lagu Roman Cinta yang layak ke Anugerah Juara Lagu telah digantikan dengan Azmi Saat sebagai vokalis.

Namun Aweera kembali bersama Mojo pada tahun ini dan mereka tampil dengan single baharu berjudul Superstar. – 29 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related