HEADLINES

Persatuan tidak bela Ruhainies: Zed Zaidi anggap kenyataan Murali Abdullah pilih kasih

Zed Zaidi berkata jika ia melibatkan soal moral, persatuan tidak boleh mempertahankan seseorang artis begitu sahaja, dibimbangi akan memberikan galakan kepada yang lain

4:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tidak wajar bagi pengarah filem dan drama, Murali Abdullah menyelar persatuan-persatuan hiburan negara kononnya mereka tidak membela atau mempertahankan pelakon kontroversi, Ruhainies daripada kecaman ramai.

Sebaliknya kata Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi kepada Scoop, kenyataan Murali itu menunjukkan sikap pilih kasihnya terutama terhadap artis yang pernah bekerja dengannya.

“Hubungan antara persatuan dan artis adalah umpama anak dengan bapa. Apa yang boleh dipertahankan, kita akan pertahankan dan ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk membela, melindungi serta mempertahankan seseorang artis.

‘Namun apabila ia melibatkan soal moral, kita tidak boleh mempertahankan mereka begitu sahaja kerana jika persatuan melakukannya, ia akan menjadi galakan keada orang lain. Persatuan bukan menjaga seorang artis sahaja, kita ada ramai lagi artis,’’ kata Zed Zaidi sambil meminta artis-artis dan penggiat industri hiburan mengingatkan mengenai perkara tersebut.

Mengulas lanjut, Zed berkata, ini bukan kali pertama Murali mengamalkan sikap pilih kasih malah pada 2012 beliau pernah melakukannya ketika mempertahankan artis Indonesia, Julia Perez yang tidak mempunyai permit sah untuk menjalani penggambaran filem Sumpahan Malam arahannya.

Tambah Zed, persatuan hiburan terikat dengan undang-undang justeru harus berhati-hati dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan terutama dalam kes Ruhainies dan pelakon Aliff Aziz yang didakwa atas tuduhan khalwat. – 7 Julai, 2024

Topics

 

Popular

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related