HEADLINES

Saya tak tahu tapi ada terdengar gosip cerai Syamsul, Ira: Yusof Haslam

Datuk Yusof Haslam berkata, mereka anak-beranak sudah lama tidak berhubung, justeru dia enggan mengulas mengenai gosip tersebut

5:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Produser dan pengarah filem terkemuka, Datuk Yusof Haslam memaklumkan dia tidak menahu mengenai gosip yang mengaitkan anak sulungnya, Syamsul sudah bercerai dengan Ira Kazar.

Menurutnya, mereka anak beranak sudah lama tidak berhubung, justeru dia enggan mengulas mengenai gosip tersebut.

“Ramai yang tanya saya mengenai gosip cerai Syamsul dengan isterinya itu, tapi saya sendiri memang tidak tahu apa-apa.

“Saya memang ada terdengar mengenai gosip ini tadi daripada beberapa orang di dalam industri, tapi saya tidak tahu sama ada berita itu sahih atau tidak.

“Macam mana saya hendak tahu sedangkan dia sudah lama tidak berjumpa dengan saya dan ibunya. Bahkan sudah empat tahun dia ‘block’ (sekat) saya di WhatsApp.

“Saya minta maaf, saya tidak dapat memberikan apa-apa komen lagi,” katanya kepada Scoop.

Pada masa sama, Yusof juga memberitahu dia tidak mengenali Irenee Deanna iaitu anak kepada pengusaha syarikat Utama Motors, Datuk Marof Khan Mohamed Idris, yang dikaitkan dengan Syamsul sejak kebelakangan ini.

“Memang saya ada baca di dalam TikTok kononnya, isteri saya, Datin Patimah bersetuju dengan pilihan Syamsul itu.

“Tapi yang nyata kami sendiri tidak kenal dengan Irenee,” katanya.

Sementara itu, Datin Patimah menegaskan, dia enggan mengambil tahu mengenai gosip perceraian Syamsul dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi itu.

Baginya, dia hanya menganggap Puteri Sarah Liyana sebagai satu-satunya menantu menerusi perkahwinan dengan Syamsul sebelum ini.

“Saya tak ambil tahu. Apa yang saya tahu menantu saya adalah Puteri Sarah Liyana, tapi mereka sudah berpisah.

“Apa yang berlaku seterusnya saya tidak tahu. Bagi saya itu ‘isteri tidak berdaftar’, jadi saya tiada komen,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, khabar angin mengenai perceraian Syamsul dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin kecoh diperkatakan selepas sebuah portal melaporkan rumah tangga bekas madu kepada seorang aktres popular sudah berakhir selepas diceraikan suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal tanah air.

Dalam laporan tersebut turut mendakwa Ira diceraikan melalui aplikasi WhatsApp dan dihalau keluar dari rumah.

Gosip itu hangat diperkatakan netizen ketika ini sehingga mencetuskan perang mulut antara peminat Puteri Sarah Liyana dengan Ira.

Untuk rekod, Ira sah bergelar isteri kepada Syamsul dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Thailand pada 5 Januari lalu.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya sehari kemudian. – 30 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related