◉ HEADLINES

Adrian Teh alu-alukan kehadiran aktor legenda Hong Kong, Louis Koo dalam Gold, bikin ramai tertanya penggambaran filem itu belum selesai?

Louis Koo berada di Malaysia bagi menjayakan penggambaran filem terbitannya sendiri iaitu Behind The Shadows

1:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah hantaran gambar yang dimuat naik pengarah filem, Adrian Teh telah mengundang keterujaan ramai pengikutnya di Instagram.

Apa tidaknya, ia adalah gambarnya bersama aktor legenda Hong Kong, Louis Koo yang cukup terkenal dalam pelbagai filem hebat termasuk filem thriller jenayah White Storm serta rangkaian lima pentalogy filem aksi thriller iaitu Z Storm, S Storm. L Storm dan P Storm dan G Storm.

Dalam hantaran yang dimuatnaik itu, pengarah filem Paskal dan Malbatt: Misi Bakara itu telah mengalu-alukan kehadiran Louis Koo di dalam Gold.

“Welcome aboard untuk Gold. Terima kasih kerana menyokong kisah benar Malaysia,” tulisnya.

Wow! Apa yang dimaksudnya Adrian itu? Adakah Louis Koo juga terlibat dengan pembikinan filem Gold?

Kenyataan itu juga membuatkan ramai pengikut terkejut dan tertanya adakah penggambaran filem Gold masih lagi belum selesai.

Gold adalah filem terbaharu arahan Adrian yang dihasilkan berdasarkan kisah benar atlet badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou dan membariskan pelakon hebat tanah air seperti Jack Tan, Farid Kamil, Fabian Loo, Wan Raja dan Yasmin Hani.

Dalam perkembangan lain, Louis, 52, berada di Malaysia bagi menjayakan penggambaran filem Behind The Shadows dengan menggunakan banyak lokasi di sekitar Kuala Lumpur.

Filem yang diterbitkan syarikat produksinya sendiri iaitu One Cool Film dengan kerjasama produksi filem tempatan, Filmforce Studio itu dijangka selesai pada pertengahan bulan ini.

Behind The Shadows turut dijayakan aktor Taiwan, Liu Kuan Ting, aktres Hong Kong, Chrissie Chau dan aktres Malaysia, Yumi Wong. – 5 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

RM5.98m in fines issued to employers over illegal workers since early 2026

Malaysia’s Immigration Department ramps up enforcement against employers, issuing nearly RM6 million in fines within two months as part of a broader push to curb illegal employment and reduce migrant inflow

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

◉ Related